Thursday 20 December 2012

CIRI-CIRI NOTA YANG EFEKTIF

CIRI-CIRI NOTA YANG EFEKTIF

Apabila kita membaca buku dan hendak memudahkan kita mengingat, kita perlu membuat nota ringkas. Nota ringkas ini boleh disediakan dalam berbagai bentuk. Ada yang suka membuat nota dalam bentuk peta minda, senarai isi, gambarajah pokok, tulang ikan dan sebagainya. 

Tak kira bentuk apa sekalipun nota anda, yang penting nota itu mesti mempunyai ciri-ciri berikut; kita boleh dengan mudah mengingat ciri-ciri nota efektif ini dengan neumonik , MOVIFAA. Jika nota anda tidak memunyai semua ciri MOVIFAA ini, bermaksud nota anda tidak sistematik dan efektif. 

Sekarang anda cuba semak nota ringkas yang pernah anda buat, ada tak semua ciri-ciri MOVIFAA ini ? Ada tiga sahaja ? Oh, tak apa. Lepas ini pastikan nota ada 7 ciri MOVIFAA ini.
Pak Su rasa  kalau nota anda ada ciri MOVIFAA, InsyaAllah anda mudah nak dapat A. Apa lagi buatlah.

1. MEANINGFUL
  •  Nota hendaklah bermakna, jelas, padat dan ringkas
2. ORGANISE
  •  Sistematik, tersusun, mengikut urutan seperti proses, tarikh, fenomena dan lain-lain
3. VISUALISED
  •  Dalam bentuk yang boleh digambarkan , mesti ada elemen gambar, bentuk, imej yang boleh membantu kita mengingat.

4. INTERESTING
  •  Menarik minat dan tidak membosankan. Boleh gunakan wanra berbeza untuk tajuk, idea utama, isi penting dan contoh.

5. FEEDBACK
  •  Memberi jawapan kepada soalan yang berkaitan dengan tajuk terutama soalan peperiksaan yang lepas. ( Ingat tak SQRRR) 

6. ATTENTION
  •  Meningkatkan perhatian dan daya tumpuan. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan nota anda menarik perhatian minda.

7. ASSOCIATION
  •  Menunjukkan hubungkait antara satu idea utama dengan idea utama yang lain dan antara idea  utama dengan isi-isi penting.

Jadi pastikan ketika anda membuat nota dalam apa bentuk sekalipun, ia mesti memenuhi ciri-ciri di atas (MOVIFAA)  supaya nota anda itu bermakna dalam membantu anda memaham, mengingat dan menguasai tajuk yang anda pelajari.

Semalat Maju Jaya. Salam Motivasi.

Bersama Paksu dalam channel di bawah;

 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting