Thursday, 1 October 2026

POLA PEMIKIRAN MANUSIA

 POLA PEMIKIRAN MANUSIA

Proses Berfikir

Otak manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir pada tahap tinggi dan melalui kapasiti pemikiran inilah menusia berupaya mencipta kemajuan dan pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara dalam berbagai bidang kehidupan.

Berfikir adalah satu aktiviti mental yang berlaku dalam minda manusia untuk memahami, menilai, menaakul, menjana idea , menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan maklumat, pemerhatian, analisis dan pengalaman, 


Hubungan pemikiran dan Tindakan

Hasil dari proses berfikir ini kita mengambil sikap, kepercayaan, keputusan, dorongan dan tindakan dalam kehidupan seharian. Pemikiran mempunyai pengaruh yang besar ke atas perasaan dan tingkah laku menusia. Jika kita berfikir secara positif, kita akan terdorong untuk mengambl sikap dan tindakan yang positif. Begitu juga sebaliknya. 

Jika kita berfikir secara negatif  terhadap seseorang atau sesuatu, kita akan lebih cenderung untuk menzahirkan emosi atau perasaan yang negatif juga, misalnya perasaan benci, marah , sakit hati, berdendam dan sebagainya. Bagi individu yang selalu berfikir secara postif dalam hugungannya dengan seseorang, dia akan lebih cenderung untuk menzahirkan perasaan atau emosi yang positif juga, misalnya suka, sayang, seronok, bahagia, cinta, rasa hormat dan sebagainya.

Pola Pemikiran

Secara tidak kita sedari, dari alam kanak-kanak lagi kita sudah diajar oleh ibubapa , ahli keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan masyarakat pola-pola pemikiran tertentu dan sebahagiannya menjadi dasar atau asas kita berfikir hari ini. Secara umumnya terdapat dua pola pemikiran yang besar, iaitu pola pemikiran positif dan pola pemikiran negatif.

Pola Pemikiran Positif

Pola pemikiran positif adalah satu bentuk cara berfikir yang menekankan idea, nilai dan elemen-eleman positif yang bersifat kreatif, inovatif dan kritis. Antara contoh pola pemikiran positif ialah pemikiran logik, pemikiran kreatif dan pemikiran kritis. 

Pemikiran logik menggunakan akal atau minda secara tersusun, rasional, berasaskan penaakulan dan berdasarkan fakta atau bukti-bukti untuk menilai atau menganalisa situasi, penyelesaian masalah dan membuat rumusan atau keputusan. Pemikiran logik ada asas kepada kematangan dan kewarasan akal, tanpanya manusia mudah tersasar dalam membuat keputusan, pilihan dan menilai kebenaran,

Pemikiran kreatif pula menekankan keupayaan berfikir di luar kebiasaan, melihat sesuatu masalah atau situasi dari sudut yang berbaza serta penjanaan idea-idea atau pendekatan-pendekatan  yang sesuai dengan keperluan keadaan. Orang yang kreatif biasanya dapat menghasilkan berbagai ciptaan yang inovatif. Teknologi AI adalah satu contoh hasil inovatif yang sangat besar impaknya dalam dunia digital hari ini.

Pemikiran kritis pula melibatkan proses menganalisis, menilai dan membuat pertimbangan secara mendalam, rasional, bernati-hati berasaskan bukti terhadap maklumat, hujah, situasi secara objektif sebelum membuat keputusan atau kesimpulan. Orang yang kritis selalu banyak soal, analatikal, guna bukti ,bukan sangkaan, terbuka, objektif dan berhati-hati, 

Jiika anda seorang pelajar yang berfikir secara logik, kreatif dan kritis, anda sebenar hebat dan mudah untuk berjaya dengan cemerlang. Tokoh-tokoh yang hebat dalam berbagai bidang, lazimnya menggunakan pola pemikiraian sebegini.

Pola Pemikiran Negatif

Pola pemikiran negatif pula adalah satu bentuk atau cara berfikir yang lebih cenderung untuk meihat sesuatu secara berat sebelah, terlalu buruk atau membuat rumusan atau kesimpulan tanpa fakta dan bukti yang kuat. Dalam psikologi sering disebut cognitive distortions atau pemikiran terpesong. Paksu berikan beberapa contoh.

Pemikiran Hitam Putih. Melihat sesuatu dari dua sudut yang ekstrim sahaja. Misalnya samada berjaya sepenuhnya atau  gagal sepenuhnya. Baik sepenuhnya atau buruk sepenuhnya. Sebagai contoh , Paksu buat satu presentation , kemudian tersilap sikit dalam membuat rumusan. Pensyarah tegur. Lalu Paksu pun kata, " Saya tak dapat buat presentation ini dengan sempurna, maknanya saya gagal " 

Pemikiran Generalisasi Melampau. Membuat satu kesimpulan keseluruhan atau umum mengenai sesuatu perkara berasaskan satu kes atau kejadian. Misalnya Paksu baru pindah ke satu Taman Perumahan baru, entah macam mana kena tipu seorang penduduk di situ. Lalu Paksu pun buat satu kesimpulan, " Semua orang di taman ini  tidak boleh dipercayai." Pada hal yang menipu Paksu tadi cuma seorang sahaja.

Membesar-besarkan masalah  kecil. Boleh berlaku apabila seseorang menghadapi masalah kecil, tetapi membuat andaian atau tafsiran terhadap apa yang berlaku tidak mengikut konteks yang sebenar. Sebaliknya dia melihat masalah itu lebih besar, lebih teruk, lebih buruk , lebih berat daripada keadaan yang sebenar. Sering berlaku bila kita suka membesar-besarkan perkara atau masalah kecil. Masalah sebesar busut tetapi dia melihatnya sebesar bukit. Sebagai contoh kita beli kereta baru, anak kecil terguris sikit kereta kita. Kita pun marah dan pukul anak kecil kita. Seolah-olah gurisan kecil itu menyebabkan kereta baru kita tiba-tiba menjadi buruk dan kalau jual  boleh jatuh harga. Pada hal jika kita hantar kedai cuci kereta, dia buat polish, hilanglah gurisan itu. Pekara  itu kecil sahaja tetapi disebabkan kita cenderung membesar-besarkan perkara kecil, anak kecil kita menjadi mangsa kemarahan kita,

Paksu telah memberikan beberapa contoh pemikiran positif dan negatif. Ada lagi contoh-contoh lain. Apa yang penting, kita perlu selalu berfikir secara positif dan mengelakkan diri dari terperangkap  dengan pemikiran negatif. Jika anda fikir positif, anda dapat hasil positif. Jika anda fikir negatif , anda dapat hasil negatif.


Salam Motivasi

Paksu Soder




Thursday, 1 January 2026

AZAM TAHUN BARU

 AZAM TAHUN BARU

Azam adalah satu tekad yang kuat dan mendalam untuk kita tetapkan dan sasarkan bagi satu tempoh masa  tertentu. Azam memerlukan sasaran (target) yang jelas, boleh diukur, boleh dicapai serta memerlukan  perancangan, strategi dan kerangka masa yang praktikal. Biasanya kita menetapkan azam pada awal tahun.

Kita boleh menetapkan azam dalam berbagai aspek kehidupan yang melibatkan prestasi kerja, perniagaan, pendidikan, keluarga, peribadi, ibadat dan sumbangan kepada masyarakat. Kita boleh menjadikan prestasi tahun lepas sebagai asas untuk kita menentukan azam baru. Misalnya tahun lepas Paksu berjaya menghasilkan 100 video pendidikan, jadi tahun ini paksu berazam hendak hasilkan 200 video baharu.

KEPENTINGAN MENETAPKAN AZAM BARU

1. NIAT BAIK DAN PAHALA

Apabila kita berazam hendak melakukan sesuatu perkara, kita sebenarnya telah  memasukkan niat dalam hati. Niat untuk melakukan kebaikan adalah sesuatu yang sangat digalakkan dalam agama dan mendapat pahala sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

" Sesungguhnya Allah telah menetapkan pahala dan dosa. Sesiapa yang berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, Allah menulis baginya satu pahala sempurna. Jika dia berniat dan melakukannya, Allah menulis baginya sepuluh pahala hingga tujuh ratus kali ganda, bahkan lebih banyak. "

Jadi kita berniat sahaja untuk melakukan kebaikan, pun dapat satu pahala, apa lagi jika kita melaksanakannya, pahala menjadi berganda. Ingat ! niat kerana Allah.

2. SASARAN DAN PERACANGAN

Untuk lebih realistik, azam kita terjemahkan dalam bentuk sasaran yang jelas dan boleh dikur. Ini akan memudahkan kita untuk membuat perancangan yang rapi dan strategi yang betul.

3. SEBAGAI MUHASABAH DIRI

Azam baru mengajak kita untuk membuat muhasabah diri atau menilai prestasi kita pada tahun sebelumnya. Mungkin ada sasaran yang tidak dicapai 100% dan sebab-sebab atau kelemahan yang perlu kita perbaiki. Jadi penilaian diri ini penting sebagai asas untuk kita menetapkan azam baru.

4. ISTIQOMAH DALAM TINDAKAN

Azam baru yang jelas dan munasabah membantu kita untuk terus istiqomah dalam tindakan kerana kita telah menetapkan kerangka masa yang sesuai untuk mencapainya. Kita juga mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mencapai target dalam masa yang ditetapkan

5. TINGKAT MOTIVASI DIRI

Motivasi diri amat bergantung kepada matlamat atau objektif yang ditetapkan. Biasanya apabila kita menetapkan matlamat yang tinggi , kita akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dengan mengoptimakan segala sumber dan kemahiran yang ada.

6. BINA DISIPLIN DIRI DAN KOMITMEN

Disiplin dan komitmen amat penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perkara. Semua azam baru kita hendaklah didokumenkan dengan baik supaya kita dapat mendisiplinkan diri dan meningkatkan komitmen dari masa ke semasa berasaskan tarikh dan peratus pencapaian.

7. HIDUP LEBIH BERMAKNA

Hidup perlukan perancangan. Perancangan perlukan sasaran. Jika sepanjang tahun kita sudah ada senarai azam yang tersusun , maka masa , tenaga, sumber yang ada dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin. Kita mungkin lebih produktif dan berprestasi tinggi dengan azam yang jelas berbanding hidup tanpa azam.


Semoga azam anda menjadi kenyataan.


Salam Motivasi

paksu soder

 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting