Monday, 29 December 2025

PERSONALITI JENIS B

 CIRI-CIRI PERSONALITI JENIS B

KEKUATAN

1. Dalam banyak keadaan kelihatan tenang dan relaks

2. Tidak tergesa-gesa dalam menjalankan tugas atau untuk menyiapkan sesuatu tugasan

3. Biasanya menyiapkan kerja dalam keadaan santai sahaja

4. Sabar, fleksibel dan mudah bergaul dengan orang ramai

5. Tidak suka terikat dengan sesuatu peraturan

6. Berfikiran terbuka dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi


KELEMAHAN

1. Mudah bertangguh kerja atau lewat dalam menyiapkan sesuatu kerja

2. Kurang berdisiplin dari segi masa dan sukar menepati ketetapan tarikh

3. Mudah rasa selesa dengan sesuatu keadaan dan sukar hendak membuat perubahan

4. Kurang tegas dan asertif

5. Kurang daya saing dan berdaya maju


KESIMPULAN

Untuk menjadi seorang yang berprestasi tinggi dan produktif, orang personaliti B ini perlu sentiasa meningkatkan disiplin diri, motivasi kerja dan kemahiran atau kompetensi kerja secara berterusan. Dalam erti kata yang lain orang personaliti B ini perlu menghayati sebahagian ciri-ciri personaliti A untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.

PERSONALITI JENIS A

 CIRI-CIRI PERSONALITI JENIS A

KEKUATAN

1. Sangat mengejar masa, hendak cepat dan tidak suka bertangguh dalam membuat                    sesuatu perkara atau ketika menjalankan tugas

2. Berdaya saing , bercita-cita tinggi serta meletakkan standard dan sasaran yang tinggi,              produktif dan suka menjadi yang terbaik

3. Fokus dan berdisiplin dalam menjalankan tugas.  Teliti, terancang, efektif dan efisien                dalam  setiap kerja yang dipertanggungjawabkan.

4. Sangat rajin dan kuat bekerja serta menunjukkan komitmen yang tinggi

5. Proaktif dan cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah

6. Suka mengawal orang bawahan supaya mengikut cara kerjanya.


KELEMAHAN

1. Cepat stres dan sukar menerima kegagalan

2. Kurang sabar dan mudah marah apabila orang lain lambat dan tidak memenuhi                        standard  yang ditetapkan

3. Selalu sibuk dan sukar mencari masa untuk berehat

4. Adakalanya dlihat sebagai keras dan tegas dengan agak melampau

5. Sukar hendak membahagikan tugas kepada orang lain dan kurang percaya                              dengan  kemampuan orang lain.


KESIMPULAN

Orang personaliti jenis A ini pada prinsipnya adalah seorang pemimpin, pengurus dan motivator yang baik . Majikan sangat memerlukan orang-orang personaliti jenis A kerana mereka dapat membantu meningkatkan prestasi dan produktiviti  syarikat. Namun untuk mengelak daripada mengalami stres yang kritikal dan berpanjangan , orang personaliti jenis A perlu bijak menyeimbangkan masa kerja dan masa bersama keluarga dan mengurus stres dengan efektif untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Monday, 22 December 2025

CIRI -CIRI PERSONALITI AMBIVERT

 CIRI-CIRI PERSONALITI AMBIVERT


Ambivert ialah individu yang mempunyai gabungan ciri-ciri introvert dan extrovert. Mereka boleh pada satu masa atau keadaan menjadi sangat peramah dengan orang lain dan dalam keadaan yang lain lebih suka menyendiri.

Kekuatan Personaliti Ambivert

1. Mempunyai kemahiran komunikasi yang seimbang iaitu pandai bercakap dan bersosial dan juga boleh menjadi seorang pendengar yang baik. Kemahiran ini membolehkan mereka menjadi seorang fasilitator atau pemudahcara yang sangat efektif.

2. Pandai menyesuaikan diri apabila berada dalam kumpulan besar dan merasa selesa apabila bekerja secara bersendirian.

3. Mudah diterima oleh orang lain samada individu introvert atau extrovert kerana dapat memahami dan berempati dengan kepelbagaian personaliti.

4. Boleh memainkan pelbagai peranan . Boleh menjadi pemimpin apabila diperlukan dan boleh juga menjadi pengikut yang baik dalam keadaan tertentu.

5. Bertenaga apabila bekerja dalam kumpulan dan apabila bekerja secara bersendirian


Kelemahan Personaliti Ambivert

1. Kadang-kadang keliru dengan kehendak diri samada hendak bersosial atau menyendiri sahaja

2. Mudah rasa penat apabila bersosial dan rasa bosan apabila bersendirian

3. Orang lain rasa susah hendak membaca 'mood' dia, kadang-kadang dia aktif, kadang-kadang dia pendiam.

4. Kadang-kadang tidak pasti samada hendak memimpin atau hendak mengikut sahaja

5. Identiti sosial tidak konsisten, kadang-kadang pendiam , kadang-kadang periang.


Secara keseluruhan personaliti ambivert ini mempunyai kelebihan sebagai seorang pemimpin yang baik, pendorong yang berkesan, kemahiran komunikasi yang efektif, produktif dan daya empati yang tinggi.

CIRI KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERSONALITI INTROVERT

 CIRI-CIRI PERSONALITI INTROVERT

Jika personaliti extrovert mendapat tenaga bila berada dalam kumpulan, individu introvert pula mampu berkerja dengan baik apabila bersendirian berbanding apabila berada dalam kumpulan.


Kekuatan Personaliti Introvert

1. Dapat bekerja dengan berkesan  secara bersendirian

2. Berfikir secara mendalam dan teliti serta membuat keputusan dengan penuh berhati-hati

3. Pendengar yang aktif dan baik serta penuh empati apabila bercakap dengan orang lain

4. Tenang dan stabil dalam situasi yang mencabar

5. Setia dan jujur dalam persahabatan


Kelemahan Personaliti Introvert

1. Sukar untuk memulakan perbualan apabila bertemu dengan orang baru dikenali

2. Ada idea yang baik tetapi sukar untuk disuarakan kepada orang lain

3. Tidak selesa atau mudah merasa letih  dalam majlis sosial

4. Terlalu memendam perasaan dan sukar untuk meluahkannya kepada orang lain

5. Lambat  membuat keputusan dalam interaksi sosial


Individu introvert mempunyai daya analisis yang tinggi dan amat sesuai untuk kerjaya yang melibatkan  data serta kurang interaksi sosial. Namun perlu meningkatkan kemahiran komunikasi dari masa ke semasa agar dapat berpenanan dengan lebih efektif dalam mana-mana organisasi yang mementingkan interaksi sosial.


CIRI KEKUATAN DAN KELEMAHAN PERSONALITI EXTROVERT

 PERSONALITI EXTROVERT

Personaliti extrovert merujuk kepada individu yang mendapat sumber tenaga bila berada dalam kumpulan berbanding jika berada secara bersendirian.


Ciri-Ciri Kekuataan

1. Mudah bersosial, cepat mesra dan menjadikan suasana hidup dengan kehadirannya.

2. Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, pandai bergaul, suka bercakap dengan            orang ramai, dapat menyampaikan idea dengan baik serta pandai dalam                                  pengucapan  awam

3. Memiliki tenaga dorongan yang positif, ceria dan aktif. Ada ciri kepimpinan yang baik.

4. Cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu perkara, bersikap proaktif dan suka                  mencuba perkara-perkara baharu.

5. Berperanan secara berkesan apabila berada atau bekerja dalam kumpulan, mudah                  bekerjasama dan dapat memberikan pandangan dengan cepat.


Ciri-Ciri Kelemahan

1. Sukar duduk diam dan cepat bosan apabila bersendirian

2. Adakalanya bersifat impulsif dan bertindak tanpa berfikir panjang serta membuat                      keputusan berasaskan emosi

3. Adakalanya terlalu bergantung kepada orang lain

4. Suka menguasai perbualan sosial 

5. Mementingkan pengiktirafan sosial  dan mudah merasa kecewa apabila tidak                            mendapat perhatian orang lain.



 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting