MEMAHAMI MAKNA MESEJ EMOSI
Dalam hubungan ini Dr. Albert Mehrabian telah mengemukakan satu formula 7-38-55. Formula ini menjelaskan bahawa makna bagi mesej emosi dalam komunikasi interpersonal dapat dilihat atau ditafsirkan ;
7 % dalam tutur kata ( spoken words )
38 % dalam suara dan nada ( tone of the voice)
55 % dalam bahasa badan ( body language )
Ini bermakna emosi marah ( sebagai contoh) dapat kita kesan hanya sebanyak 7 % sahaja melalui tutur kata atau perkataan yang diungkapkan, 38 % dari nada suara yang digunakan oleh seseorang ketika mengungkapkan perkataan yang membawa maksud kemarahan. Misalnya nada suaranya tinggi, keras, menjerit, menengking dan yang seumpamanya. Manakala 55 % mesej kemarahan itu dapat dilihat dari bahasa badan yang dizahirkan ketika seseorang itu marah, misalnya memek muka yang garang, menggenggam tangan, mengarahkan jari telunjuk, menghentak kaki, menghempas meja dan sebagainya.
Di sini kita dapati bahasa badan ( bentuk komunikasi bukan lisan) memberikan petujnjuk yang besar dalam kita membuat tafsiran mesej emosi yang cuba disampaikan oleh seseorang dalam sesuatu komunikasi interpersonal. Begitu juga petunjuk dari nada suara.
Bukti yang jelas selalu kita perhatikan bagaimana anak bayi yang berusia 3 atau 4 bulan tiba-tiba sedih atau menangis apabila ibunya mengerutkan wajah dan mengeluarkan nada suara yang tinggi walaupun bayi tersebut belum boleh memahami tutur kata yang diungkapkan oleh ibu.
RUMUSAN
0 comments:
Post a Comment