Wednesday 7 July 2021

MACAM MANA NAK MENGUKUR TAHAP STRES ANDA ?

 

                  Klik link ini untuk ke YoutubeCara Mengukur Tahap Stres

Sejak tercetusnya pandemik COVID 19, hampir setiap lapisan masyarakat dari anak kecil hingalah Atok dan Opah merasa tertekan (stres) atas berbagai sebab sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. Ini berlaku di marata tempat di seluruh dunia. Keadaan ini amat mencemaskan.

Bagi kita sebagai individu, memang kita tidak dapat mengelakkan diri dari tekanan (stres) kehidupan kerana itu memang sudah menjadi fitrah  (nature)  kehidupan. Stres itu ada yang baik dan ada yang buruk. 

Jika kita dalam keadaan stres dan stres itu membantu kita untuk lebih yakin, berani dan bermotivasi melakukan sesuatu, belajar atau bekerja atau berniaga, maka itu stres yang baik (eustress). tetapi jika stres itu pada tahap kronik dan berpanjangan serta memberi kesan negatif terhadap kesihatan dan prestasi belajar atau pekerjaan atau keharmonian kehidupan keluarga, maka stres itu dipanggil distress.

Distress juga boleh membawa kepada  penyakit dan masalah-masalah psikologikal. Oleh sebab itu kita perlu sedar dan tahu tahap stres yang kita sedang alami pada satu-satu masa. Adakah stres yang kita alami itu pada tahap normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk ?

Bagaimana pula dengan orang yang di sekeliling kita? Ibu, ayah, adik beradik atau rakan-rakan kita ? Adakah mereka mengalami stres? Kalau ya, pada tahap manakah stres yang mereka alami.

Sederhana? Teruk ? Sangat teruk ? . Macam mana kita hendak mengukur tahap stres ini. Kalau kita demam, doktor ambil suhu badan kita dengan jangka suhu. Stres macam mana ?

Salah satu cara yang meluas digunakan untuk mengukur tahap stres ialah dengan menggunakan ujian DASS. Ujian saringan DASS ini boleh diambil secara manual atau secara online. Pak Su ada kongsikan video klip di atas untuk anda faham  dengan betul cara mengambil ujian DASS. Sila buka link tersebut.

Terdapat bebagai strategi untuk menagani stres dengan berkesan yang boleh kita lakukan. Insya Allah, Pak Su akan kongsikan dalam siri-siri akan datang. Jika anda benar-benar sedang mengalami stres sekarang, tarik nafas panjang dan lepakan nafas perlahan-perlahan, ulang sebanyak 6 kali. 

Fikirkan perkara positif, walaupun perkara itu kecil. Beri tumpuan kepada perkara atau langkah yang anda boleh buat, walaupun bermula dengan langkah yang kecil. Mulakan sekarang. Dapatkan bantuan profesional, jika anda rasa perlu.

Salam Motivasi dan Selamat Maju Jaya

Pak Su







Monday 7 June 2021

KEMAHIRAN BELAJAR : KONSEP BACA FAHAM INGAT DAN KUASAI

KEMAHIRAN BELAJAR: KONSEP BACA FAHAM INGAT DAN KUASAI (BaFIK)

                               Konsep BaFIK dalam proses belajar

Video ini akan membincangkan proses belajar yang melibatkan konsep baca, faham, ingat dan kuasai. Ada pelajar bila study atau dengar kuliah cuma nak baca sahaja atau sedikit nak faham. Macam ini rugilah masa dan tenaga.

Kalau nak result yang baik, pastikan anda bila study, tak kiralah bila study sendiri , dengan kawan atau ketika  semasa kuliah atau tutorial, bila study tu pastikan anda baca dengan betul, fahamkan semuanya, ingat sebanyak-banyaknya dan kuasai sepenuhnya bahan pembelajaran itu. Macam mana caranya ? Ikuti perbincangan Paksu dalam video di atas.

Salam Motivasi.


Saturday 5 June 2021

TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN BELAJAR YANG BERKESAN

TEKNIK-TEKNIK KEMAHIRAN BELAJAR YANG BERKESAN

Teknik-Teknik Kemahiran Belajar                                        


Video ini menjelaskan kepentingan teknik belajar dan jenis-jenis teknik belajar yang perlu difahami dan diamalkan agar proses belajar kita berkesan. Ada pelajar yang rajin belajar tetapi keputusan tak berapa baik, mungkin salah satu sebabnya ialah mereka tidak menggunakan teknik yang betul atau yang kurang efektif.

Banyak kajian mendapati amalan teknik belajar yang berkesan berhubungkait dengan prestasi akademik yang tinggi, selain dari faktor sikap dan motivasi belajar.

Ikuti perbincangan lanjut bersama Paksu dalam video klip di atas.


Salam Motivasi










TIP MENINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI

 TIP MENINGKATKAN KECEMERLANGAN DIRI


Tip Meningkatkan Kecemerlangan Diri


Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kejayaan, pencapaian atau kecemerlangan seseorang dalam sesuatu bidang, termasuk bidang pelajaran. Anda perlu memastikan ketiga-tiga faktor ini berada di tahap yang tinggi untuk membolehkan anda mendapat keputusan yang cemerlang.

Jika SIKAP dan MOTIVASI anda tinggi tetapi KEMAHIRAN BELAJAR anda rendah, maka keputusan akan rendah ! Begitu juga jika Kemahiran belajar dan sikap  tinggi, tetapi motivasi rendah, keputusan juga rendah !

Ikuti perbincangan lanjut bersama Paksu dalam video klip di atas.


Salam Motivasi
















Monday 31 May 2021

BELAJAR CARA NORMA BAHARU

 BELAJAR CARA NORMA BAHARU

Sejak tercetusnya pandemic Covid 19, hampir semua sektor kehidupan terjejas. Sektor pendidikan juga terlibat di mana sekolah, kolej dan universiti terpaksa ditutup untuk satu tempoh yang lama sehingga merisaukan banyak pihak.

Dalam menghadapi cabaran ini, maka golongan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu pengajaran dan pembelajaran di mana belajar secara online  sudah menjadi pilihan  utama walaupun terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.

Belajar cara  norma baharu

1. Belajar sendiri

Tidak terdapat banyak perbezaan ketika pelajar belajar sendiri samada di rumah atau  di asrama bagi belajar cara tradisional dan belajar cara norma baharu. Pelajar masih melakukan aktiviti  pembelajaran seperti  membaca buku, membuat latihan, ulangkaji, tugasan seperti biasa.

2. Kelas secara online

Kelas terpaksa dijalankan secara online . Dalam hubungan ini pelajar perlu cepat meningkatkan kemahiran ICT dan pengguaan aplikasi atas talian bagi memastikan pembelajaran berjalan secara berkesan. Mungkin capaian internet bagi sebahagian pelajar ada sedikit masalah. Oleh kerana guru tidak dapat berjumpa secara bersemuka dengan pelajar, maka pelajar perlu meningkatkan disiplin diri dan pengurusan masa yang bijak agar semua kelas online dapat diikuti dengan tumpuan  dan motivasi belajar yang tinggi.

3. Belajar dengan kawan (Study Group)

Pelajar perlu membentuk kumpulan belajar (study group) atas talian untuk berbincang dengan rakan-rakan mengenai pelajaran, menyiapkan latihan, tugasan, projek, menjawab soalan peperiksaan lepas serta berkongsi bahan pembelajaran. Kemudahan media sosial seperti WhatsApp, FB, Google MEET, ZOOM dan lain-lain perlulah digunakan secara optima.

4. Tugasan dan projek

Pelajar juga perlu menyiapkan tugasan dan projek yang diberikan oleh guru secara berkala dan dihantar secara online untuk disemak dan dinilai. Dalam hal ini pelajar hendaklah meningkatkan kemahiran dalam penyediaan dokumen seperti penggunan Word, powerpoint dan video klip. 

5. Nota Guru

Guru juga akan menghantar nota secara online dan pelajar perlu membaca semula serta menyediakan nota ringkas seperti peta minda bagi setiap topik dengan merujuk juga buku teks yang ada atau E-book yang disediakan. Bertanyalah dengan guru secara email atau kaedah atas talian yang lain apabila ada perkara yang pelajar tidak atau kurang faham.

6. Ujian dan peperiksaan.

Ujian dan peperiksaan  juga dijalankan secara online. Pelajar perlu peka dengan tarikh dan masa ujian/peperiksaan dijalankan serta membuat persiapan yang baik bagi semua subjek atau kursus.

7. Webinar

Terdapat juga banyak seminar, bengkel dan latihan berkaitan dengan pembelajaran seperti bengkel menjawab soalan peperiksaan, motivasi belajar, kelas tambahan dijalankan secara online. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini.

8. Akses maklumat pembelajaran

Belajar secara norma baharu menuntut pelajar mengakses banyak bahan atau maklumat pembelajaran secara online. Bahan seperti E-book, jurnal, majalah, nota subjek, soalan peperiksaan, contoh jawapan, projek, tesis dan sebagainya mudah dicapai dengan syarat pelajar ada maklumat mengenainya. Belajarlah untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan anda.

Setelah lebih dari setahun kita menghadapi situasi covid 19 ini, pak su percaya ramai pelajar sudah dapat membiasakan diri dengan belajar secara norma baharu dan yang penting sikap, motivasi diri, disiplin diri  perlu berada di tahap yang tinggi dan dalam masa yang sama kemahiran menggunakan teknologi dan aplikasi atas talian hendaklah dipertingkatkan.

Selamat maju jaya. Salam motivasi.


Temui Pak Su dalam channel di bawah;

Youtube Channel Paksu Soder















 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting