Tuesday 28 June 2022

TEKNIK MENGAMBIL NOTA YANG PALING EFEKTIF

Apabila anda menghadiri kuliah, satu perkara penting yang mesti anda lakukan ialah mengambil nota apa yang disampaikan oleh pensyarah /guru. Walaupun anda ada nota bercetak yang diberikan oleh pensyarah, namun amalan mengambil nota adalah sangat, sangat penting dilakukan atas beberapa sebab;

# Mengelakkan kelupaan

Kita lupa 50% apa yang kita dengar dalam masa 1 jam dan 70 % dalam masa 2 hari.Jadi apabila kita mengambil nota atau catatan, ianya banyak membantu kita untukmengingat semula.

# Meningkatkan tumpuan

Apabila kita membuat catatan, tangan kita melakukan pergerakkan ( ketika menulis,melukis    dan lain-lain) , mata kita tertumpu kepada  nota pensyarah di papan putih atau layar dan      kertas nota kita, telinga mendengar, minda menjadi aktif, otak kanan dan kiri berfungsi, 
berlaku interaksi antara maklumat yang kita catit dengan penjelasan pensyarah dan  tumpuan belajar meningkat.

# Merekod maklumat penting

Pensyarah /guru selalu menekankan kepada pelajar perkara-perkara penting dalam        sesuatu topik, misalnya perkara ini selalu keluar dalam peperiksaan, tajuk ini ada kaitan tajuk yang lain, tajuk projek kelas dan sebagainya. Dalam hal ini pelajar perlu ambilmaklum dengan menandakan maklumat tersebut dalam catatan nota.


Cara mengambil nota Kaedah Cornell

1. Bahagikan kertas nota kepada 2 ruang, sebelah kiri lebih kecil berbanding yang di sebelah   kanan.( lihat contoh di bawah )

2. Tulis butiran kursus/subjek pada bahagian atas, misalnya Kod Kursus dan tarikh

3. Tulis tajuk kuliah.

4. Tulis soalan peperiksaan lepas yang berkaitan dengan tajuk secara ringkas. Ini sangat      penting kerana semasa anda mengambil nota, anda sebenarnya sedang menjawab soalan      peperiksaan. Wowww ini dua dalam satu. Betul ! question based learning, namanya.

5. Seterusnya dibahagian kiri, anda catatkan idea-idea utama sahaja.

6. Manakala di sebelah kanan, catatkan isi-isi penting berdasarkan idea utama.Isi-isi penting adalah penjelasan atau huraian mendalam kepada idea utama. Anda juga boleh          menggunakan ilustrasi, gambarajah, jadual, geraf, carta alir, neumonik, peta minda dan
sebagainya bagi meningkatkan kefahaman dan ingatan anda.

7. Di bahagian bawah sekali, anda boleh menulis rumusan bagi sesuatu tajuk yang anda anggap penting.

8. Anda boleh menggunakan pen berbagai warna dalam menulis catatan. Paksu suka warna merah untuk idea utama  dan hitam untuk isi-isi penting.

9. Bagi setiap kuliah 1 jam , mungkin anda perlukan 4 atau 5 muka surat atau lebih.Tanda    setiap muka surat supaya kerta nota anda tidak bercampur dengan tajuk yang lain.

10. Anda boleh gunakan ayat sendiri di mana perlu, singkatan, simbol dan sebagainya bagi
 menjadikan nota lebih bermakna kepada diri anda.
    


Baiklah, ini sahaja yang paksu nak kongsi kali ini. Jangan lupa amalkan teknik ini samada anda menghadiri kuliah secara bersemuka atau secara online. Jika anda cuma dengar sahaja, minda jadi pasif dan mudah lupa. Proses belajar yang berkesan memerlukan minda aktif dan kreatif. Mengambil nota salah satu caranya.

Cakap banyak pun tak guna, buat, jangan tak buat. Paksu doakan anda berjaya.

Salam Motivasi










Sunday 26 June 2022

FUNGSI OTAK KIRI DAN KANAN DALAM PROSES BELAJAR



Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berbeza dan ia ada pengaruh yang besar dalam proses belajar seperti semasa anda membaca , memaham, mengingat dan menguasai sesuatu topik yang dipelajari.

Otak kiri lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat logik ( pemikiran), matematik, urutan, bahasa, sains, rasional dan analisis.

Manakala otak kanan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat holistik ( melihat sesuatu secara menyeluruh - big picture ), imej (gambar), seni, irama, emosi, kreativiti, visualisasi, imaginasi, intuitif dan sintisis.

Ada orang yang sangat dominan pada otak kiri dan ada pula yang dominan pada otak kanan dari sudut kefungsiannya serta ada juga orang yang seimbang pada otak kiri dan kanan.


Fungsi Otak Kiri dan Kanan Dalam Pembelajaran




Sebagai contoh, katalah anda hendak mengingat seni kata lagu atau ayat Quran;

Cara A: Anda membaca senikata lagu macam biasa sahaja ( tanpa irama)

Cara B : Anda membaca senikata lagu + dengan irama tertentu

Agak-agak cara A atau cara B yang lebih berkesan ? Betul, ramai yang kata cara B lebih berkesan. Mengapa ? 

Semasa anda menggunakan cara A, hanya otak kiri sahaja yang berfungsi, iaitu aspek bahasa dan semasa anda menggunakan cara B, otak kiri ( bahasa) dan otak kanan (irama) berfungsi SERENTAK. Ini yang menyebabkan cara B lebih berkesan. Faham tak ni !!!

Paksu kan kalau nak hafal ayat Quran, paksu akan gunakan taranum ( paksu suka taranum nahawan), Wowwww... kesannya sangat hebat. Cubalah kalau tak percaya !

Itu baru kita gabungkan BAHASA + IRAMA.


Kita tengok contoh lain, buat nota ringkas.

Cara A: Buat nota ringkat/padat ( otak kiri) dengan cara menulis isi-isi penting, secara URUTAN (Otak kiri)

Cara B : Buat nota ringkas/padat ( otak kiri) + cara mind mapping ( ada unsur holistik, imej dan kreativiti - Otak kanan )

Macam mana ? cara B lebih baik kan ! sebab kita gabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan SERENTAK.


Untuk cemerlang kita perlu KREATIF, INOVATIF dan PRODUKTIF dalam proses belajar dan ini hanya boleh berlaku jika kita mengoptimakan fungsi-fungsi otak kiri dan otak kanan sebanyak mungkin secara serentak dalam setiap aktiviti pembelajaran.


Cara mengukur dominasi otak kiri dan kanan

Terdapat banyak ujian-ujian online yang boleh anda gunakan untuk menentukan kecenderungan  dominasi fungsi otak kiri atau kanan, misalnya anda boleh layari laman sesawang berikut;

       Left -right brain test

Ini satu contoh hasil ujian yang pernah paksu ambil, nampaknya paksu ni agak seimbang, otak kiri dan kanan. Paksu memang selalu optimakan fungsi otak kiri dan kanan dalam kehidupan samada yang melibatkan belajar, bekerja, berkarya, beribadat, berkomunikasi dan sebagainya. Itulah paksu. Anda bagaimana ?


Sekarang ni kan, kalau masa solat sendiri atau masa jadi imam, paksu suka baca Fatihah dan Ayat secara bertaranum. Wowww best betul, senang nak dapat khusyuk. Baiklah cukup setakat ini.

SALAM MOTIVASI.



Saturday 25 June 2022

MEMAHAMI STAIL BELAJAR ANDA

 MEMAHAMI STAIL BELAJAR ANDA

Mungkin setiap kita mempunyai stail belajar yang berbeza berdasarkan cara atau kecenderungan kita untuk mencerap maklumat pembelajaran. Penting bagi kita memahami stail belajar kerana ia dapat membantu meningkatkan lagi keberkesanan proses belajar.

Pada umumnya terdapat 3 jenis stail belajar, iaitu;


1. Visual Learner (V)

Belajar dengan cara melihat:

Pelajar lebih mudah mencerap maklumat yang dipersembahkan atau dinyatakan dalam bentuk;

#  Gambar

#  Gambarajah

#  Graf

#  Video

#  Carta /Poster

#  Simbol

# Kepelbagaian Warna


2. Auditory Learner ( A )

Belajar dengan cara mendengar

Pelajar lebih mudah mencerap maklumat melalui pendengaran seperti;

#  Hadir kuliah /kelas / tutorial

#  Perbincangan dengan pensyarah/guru

#  Berdiskusi dengan rakan sekuliah

#  Bertukar idea dengan orang lain

#  Menyebut dan mengulang perkataan /frasa / ayat

#  Membuat dan mendengar rakaman


3. Kinesthetic Learner

Belajar dengan cara menyentuh, bergerak dan melakukan

Pelajar lebih sukakan pengalaman belajar yang melibatkan;

#  Sentuhan

#  Pergerakan

#  Melakukan perkara sebenar / praktikal

#  Melibatkan peralatan

# Melakukan eksperimen


Selain daripada itu terdapat juga pelajar yang mempunyai stail belajar yang melibatkan kombinasi 2 atau 3 pendekatan; misalnya

#  Visual dan Auditori  ( VA )

#  Visual dan Kinestetik ( VK )

#  Auditori dan Kinestetik (AK)

# Visual, Auditori dan Kinestetik  ( VAK)


Apa yang penting ialah anda perlu mengoptimakan penggunaan pendekatan visual, auditori dan kinestetik dalam proses belajar supaya selari dengan fungsi otak kanan dan otak kiri, Ia juga  dapat membantu anda untuk cepat memaham, mengingat dan menguasai sesuatu topik yang dipelajari. 

Sebagai contoh salah satu fungsi otak kanan ialah merakam imej atau gambar, jadi jika anda  memang dorminan dari segi auditori dan mengabaikan  ciri-ciri visual, maka bahagian imej otak kanan tidak digunakan sebaiknya dalam pembelajaran. Rugi, mamang anda rugi!!!!


Cara mengukur VAK

Anda boleh mengambil ujian stail belajar secara online dan percuma melalui laman sesawang berikut;

https://personalitymax.com/learning-styles-test/

Learning styles test


Sebagai contoh pelajar di bawah mempunyai stail belajar VK kerana skor untuk V =79 dan untuk K =64, Auditori tetap ada, cuma yang dorminan ialah V dan K.



Sekali lagi paksu nak tegaskan , anda perlu mengoptimakan semua pendekatan V, A dan K semasa belajar walaupun anda dorminan dengan pendekatan tertentu kerana VAK semuanya penting selari dengan fungsi otak kanan dan otak kiri.

Selamat belajar dan Skor A.












 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting