Monday 31 May 2021

BELAJAR CARA NORMA BAHARU

 BELAJAR CARA NORMA BAHARU

Sejak tercetusnya pandemic Covid 19, hampir semua sektor kehidupan terjejas. Sektor pendidikan juga terlibat di mana sekolah, kolej dan universiti terpaksa ditutup untuk satu tempoh yang lama sehingga merisaukan banyak pihak.

Dalam menghadapi cabaran ini, maka golongan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan norma baharu pengajaran dan pembelajaran di mana belajar secara online  sudah menjadi pilihan  utama walaupun terdapat beberapa kekangan yang terpaksa dihadapi.

Belajar cara  norma baharu

1. Belajar sendiri

Tidak terdapat banyak perbezaan ketika pelajar belajar sendiri samada di rumah atau  di asrama bagi belajar cara tradisional dan belajar cara norma baharu. Pelajar masih melakukan aktiviti  pembelajaran seperti  membaca buku, membuat latihan, ulangkaji, tugasan seperti biasa.

2. Kelas secara online

Kelas terpaksa dijalankan secara online . Dalam hubungan ini pelajar perlu cepat meningkatkan kemahiran ICT dan pengguaan aplikasi atas talian bagi memastikan pembelajaran berjalan secara berkesan. Mungkin capaian internet bagi sebahagian pelajar ada sedikit masalah. Oleh kerana guru tidak dapat berjumpa secara bersemuka dengan pelajar, maka pelajar perlu meningkatkan disiplin diri dan pengurusan masa yang bijak agar semua kelas online dapat diikuti dengan tumpuan  dan motivasi belajar yang tinggi.

3. Belajar dengan kawan (Study Group)

Pelajar perlu membentuk kumpulan belajar (study group) atas talian untuk berbincang dengan rakan-rakan mengenai pelajaran, menyiapkan latihan, tugasan, projek, menjawab soalan peperiksaan lepas serta berkongsi bahan pembelajaran. Kemudahan media sosial seperti WhatsApp, FB, Google MEET, ZOOM dan lain-lain perlulah digunakan secara optima.

4. Tugasan dan projek

Pelajar juga perlu menyiapkan tugasan dan projek yang diberikan oleh guru secara berkala dan dihantar secara online untuk disemak dan dinilai. Dalam hal ini pelajar hendaklah meningkatkan kemahiran dalam penyediaan dokumen seperti penggunan Word, powerpoint dan video klip. 

5. Nota Guru

Guru juga akan menghantar nota secara online dan pelajar perlu membaca semula serta menyediakan nota ringkas seperti peta minda bagi setiap topik dengan merujuk juga buku teks yang ada atau E-book yang disediakan. Bertanyalah dengan guru secara email atau kaedah atas talian yang lain apabila ada perkara yang pelajar tidak atau kurang faham.

6. Ujian dan peperiksaan.

Ujian dan peperiksaan  juga dijalankan secara online. Pelajar perlu peka dengan tarikh dan masa ujian/peperiksaan dijalankan serta membuat persiapan yang baik bagi semua subjek atau kursus.

7. Webinar

Terdapat juga banyak seminar, bengkel dan latihan berkaitan dengan pembelajaran seperti bengkel menjawab soalan peperiksaan, motivasi belajar, kelas tambahan dijalankan secara online. Pastikan anda tidak terlepas peluang ini.

8. Akses maklumat pembelajaran

Belajar secara norma baharu menuntut pelajar mengakses banyak bahan atau maklumat pembelajaran secara online. Bahan seperti E-book, jurnal, majalah, nota subjek, soalan peperiksaan, contoh jawapan, projek, tesis dan sebagainya mudah dicapai dengan syarat pelajar ada maklumat mengenainya. Belajarlah untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan anda.

Setelah lebih dari setahun kita menghadapi situasi covid 19 ini, pak su percaya ramai pelajar sudah dapat membiasakan diri dengan belajar secara norma baharu dan yang penting sikap, motivasi diri, disiplin diri  perlu berada di tahap yang tinggi dan dalam masa yang sama kemahiran menggunakan teknologi dan aplikasi atas talian hendaklah dipertingkatkan.

Selamat maju jaya. Salam motivasi.


Temui Pak Su dalam channel di bawah;

Youtube Channel Paksu Soder















 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting