Thursday 21 December 2017

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM YANG MENARIK

TEKNIK PENGUCAPAN AWAM YANG MENARIK

Kadang-kadang kita hairan mengapa ada orang apabila memberi ucapan, ceramah atau pidato begitu meyakinkan, menarik sehingga ramai orang merasa terpegun. Jika hendak dilihat dari segi isi yang disampaikan, kita pun boleh buat. Mungkin dari segi teknik dan pendekatan, cara mereka sangat unik dan luar biasa.

Ucapan adalah satu proses komunikasi yang disampaikan oleh individu secara oral kepada audien untuk tujuan;

  • Memberitahu
  • Menghibur
  • Memujuk
  • Memenuhi keperluan majlis
Prinsip asas pengucapan awam melibatkan;
  • Pengumpulan isi
  • Penyusunan isi
  • Penguasaan isi
  • Penggunaan gaya
  • Bahasa yang sesuai mengikut tahap audien
  • Penyampaian ucapan
Ciri-ciri pengucap yang baik;
  • Tahap pengetahuan yang tinggi mengikut bidang
  • Kemahiran kominukasi yang baik
  • Berkeyakinan
  • Berperibadi mulia
  • Berperawakan baik
Tips menjadikan isi ucapan menarik
  • Kemukakan bukti yang relevan dan menarik
  • Jelaskan maksud idea/konsep  dengan jelas
  • Gunakan bahasa yang mudah difahami
  • Berikan contoh-contoh yang menarik
  • Selitkan petikan, kata hikmah, dalil atau dapatan kajian
  • Sampaikan dalam bentuk cerita
  • Berikan data atau statistik yang sesuai
  • Buat perbandingan dengan kes yang lain
  • Huraikan istilah yang kompleks dalam bentuk yang lebih mudah difahami
  • Selitkan unsur audio, video atau visual
  • Gunakan alat bantu mengajar yang sesuai
  • Buat rujukan langsung melalui internet
Tips Penyampaian ucapan yang berkesan
  • Gunakan gaya yang tersendiri
  • Kawal dan sesuaikan intonasi suara
  • Pastikan wujud pertembungan mata 
  • Elak merujuk nota di awal ucapan
  • Bercakap dengan audien bukan kepada audien
  • Optimakan fungsi otak kiri dan kanan
  • Gunakan gaya bahasa badan yang sesuai seperti mimik muka, posisi tubuh dan gerakkan tangan
  • Masukkan unsur jenaka
  • Berucap dengan penuh yakin
  • Sembunyikan kesilapan jka ada.
  • Libatkan audien pada ketika yang sesuai

"ORANG YANG BIJAK BERCAKAP KERANA ADA SESUATU UNTUK DIPERKATAKAN MANAKALA ORANG BODOH BERCAKAP KERANA  TERPAKSA MEMPERKATAKAN SESUATU' - Plato

Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.

Bersama Paksu dalam channel di bawah;


Wednesday 20 December 2017

PENGARUH EMOSI DALAM KEHIDUPAN

PENGARUH EMOSI DALAM KEHIDUPAN

Hari ini pak su kendalikan satu kursus mengenai Pengurusan Emosi. Rupanya emosi atau perasaan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan kita setiap hari samada dalam kehidupan peribadi, keluarga, kerjaya dan masyarakat.

Setiap ayat yang kita ungkapkan pada prinsipnya bersifat pemikiran atau fakta. Ia akan memberi makna jika dalam ayat tersebut mengandungi perasaan tertentu yang mengiringi maksud ayat itu.
Sebagai contoh ayat;

                         " KITA PERLU FOKUS UNTUK LEBIH BERJAYA."

Jika kita membaca ayat ini  dalam mana-mana penulisan, kita mungkin tidak terdorong untuk lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi jika ada seorang rakan baik kita mengatakan ayat tersebut dengan nada penuh semangat dan bersungguh-sungguh, maka kita akan mengalami kesan yang berbeza. Ini kerana rakan kita tadi memasukkan unsur perasaan dalam ayat tersebut.

Ada dua jenis perasaan , iaitu perasaan positif dan perasaan negatif. Apabila kita marah atau kecewa, kita menzahirkan perasaan negatif yang seterusnya diterjemahkan dalam bentuk pertuturan atau tingkah laku yang negatif, umpamanya kita menjerit, meninggikan suara  atau bertindak agresif terhadap orang lain. Begitu juga jika kita memberikan senyuman , kita menzahirkan perasaan positif seperti perasaan gembira, kasih sayang atau seronok. Sebenarnya kita yang membuat pilihan samada hendak memasukkan perasaan positif atau negatif dalam pemikiran, pertuturan atau tindakan kita.

Kita mungkin tidak perasan, sejak kecil lagi kita telah diskimakan oleh budaya keluarga atau masyarakat yang mengaitkan sesuatu bentuk perasaan/emosi dengan sesuatu perkara. Umpamanya perasaan takut dikaitkan dengan tempat gelap atau hantu. Skrip ini sudah terakam dalam minda separa sedar kita. Bagaimana jika kita ada anak kecil, dan kita skimakan perasaan/emosi berani dengan tempat gelap atau hantu. Kita akan mendapati kesan yang berbeza bila anak kita besar nanti. Bukankah kita yang membuat pilihan itu.

Perasaan atau emosi memberi pengaruh yang besar dalam;


  • Perhubungan kita dengan orang lain
  • Cara kita memotivasikan diri dan orang lain
  • Cara kita memberikan fokus terhadap sesuatu
  • Membuat keputusan
  • Minat belajar dan bekerja
  • Pembelajaran dan pendidikan
  • Rundingan
  • Hubungan sosial
  • Ketenangan jiwa
  • Urusan ibadat

Tips membina aura positif dalam kehidupan;


  • Bila kita berfikir, fikirlah secara positif
  • Bila kita merasa, merasalah secara positif
  • Bila kita berkata, katalah secara positif
  • Bila kita bertindak, bertindaklah secara positif.
Kesimpulan: Pemikiran yang positif akan mencetuskan perasaan yang positif, perasaan yang positif akan mencetuskan tingkah laku yang positif, tingkah laku yang positif akan mencetuskan kehidupan yang positif. JIKA ANDA BERMULA DENGAN YANG POSITIF, ANDA AKAN BERAKHIR DENGAN POSITIF.

Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.

Bersama Paksu dalam channel di bawah;




Thursday 26 January 2017

CARA MENENTUKAN HASIL

CARA MENENTUKAN HASIL

Secara umumnya setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza walaupun mereka mempunyai tujuan yang sama dari segi matlamat, iaitu berjaya dalam pelajaran. Namun bagi kebanyakan pelajar yang cemerlang, mereka menunjukkan kecenderungan yang  tinggi untuk menggunakan cara-cara belajar yang efektif dan bersistematik kerana mereka percaya bahawa cara menentukan hasil. Ini berlaku apabila mereka menggunakan cara-cara baharu atau yang lebih baik dalam belajar, mereka mendapati keputusan peperiksaan mereka jauh bertambah baik.


Sebagai analogi, jika anda seorang nelayan yang saban hari pergi ke laut menangkap ikan dengan menggunakan kail dan hampir setiap hari dapat membawa pulang 10 kg ikan. Anda berpuas hati dengan hasil tangkapan itu. Apakah tidak ada cara lain untuk anda menangkap ikan ? Anda perlu sedikit keberanian untuk mengubah cara menangkap ikan. Jika anda tidak tahu, pergilah hadiri kursus atau latihan dengan nelayan lain yang lebih berjaya. Jika anda sekarang menangkap ikan dengan menggunakan jaring, agaknya berapa kg sehari hasil tangkapan ikan anda? 20, 30 atau 40 kg. Wah, banyakkan?

Ini membutikan bahawa cara menentukan hasil. Ramai pelajar yang kurang bejaya mengannggap bahawa diri mereka kurang pandai, tidak dapat banyak A dan gagal melihat bahawa cara belajar yang mereka amalkan sebenarnya antara punca pencapaian rendah mereka dalam akademik. Walaupun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang, namun cara atau tekik belajar adalah salah satu faktor yang kritikal yang perlu diberi perhatian. Ramai pelajar gagal bukan kerana meraka tidak pandai tetapi kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadi pandai.

Terlalu banyak kajian telah dijalankan mengenai teknik belajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Begitu juga di luar sana sudah ada ribuan buku yang ditulis oleh para sarjana mengenai teknik belajar. Kursus-kursus atau bengkel teknik belajar sudah banyak dijalankan. Persoalannya sudahkah anda menghadiri kursus-kursus teknik belajar atau sudahkah anda membaca mana-mana buku yang berkaitan dengan teknik belajar.

Sekarang sudah sampai masanya anda melihat kembali teknik atau cara belajar yang anda amalkan. Jika sekarang pencapaian anda secara  purata ialah B, maka ini bermakna anda menggunakan cara belajar B. Jika anda mengharapkan keputusan A, maka anda hanya mempunyai satu pilihan, iaitu belajar dengan cara A. Seperti nelayan tadi, jika mereka terus menggunakan cara kail, hanya lebih kurang 10 kg ikan sahaja berjaya ditangkap setiap hari. Jika jaring digunakan, kita boleh menjangkakan hasil tangkapan ikan akan bertambah.

Jika anda sekarang membuat nota ringkas dengan cara senarai isi penting dalam kertas A4 yang dilipat dua, mengapa tidak berubah untuk membuat nota ringkas dengan teknik peta minda. Demikian juga jika anda membaca teks dan selepas itu baharu mencari soalan dan cuba menjawabnya. Mengapa tidak, sekarang cari soalan dahulu, kaji kehendak soalan, terutama soalah peperiksaan kemudian baharu mula membaca. Ada tak bezanya? Anda cuba dahulu. Saya sudah mencuba dan ramai peserta kursus saya sudah mencubanya. Anda nak tahu. Ramai sudah berjaya. Jika anda hendak berjaya, ikutlah jejak mereka.


Sekali lagi saya tegaskan, CARA  MENENTUKAN HASIL. Untuk mengubah hasil, kita perlu mengubah cara. Untuk mengubah pencapaian akademik, anda perlu mengubah cara atau teknik belajar anda. Bila ?. Sekarang !.  Bagaimana ? . Mulakan dengan salah satu teknik belajar yang anda rasa kurang efektif dan perlu diperbaiki atau diubah. Anda boleh. Saya boleh. Semua orang boleh.

Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.

Bersama Paksu dalam channel di bawah;

Wednesday 25 January 2017

KEBAIKAN PETA MINDA

PETA MINDA

Peta minda merupakan satu kaedah membuat nota yang paling efektif kerana kita menyusun maklumat mengikut kategori atau status dan dapat melihat perhubungan antara tajuk dengan idea utama, isi-sisi dan contoh dengan mudah.

TAJUK >>> IDEA UTAMA .>>> ISI-ISI PENTING >>> CONTOH-CONTOH

Apabila maklumat atau bahan pembelajaran disusun dalam bentuk peta minda, kita dapat melihatnya secara menyeluruh (holistik) dan ianya bersifat visual( gambar/imej) dan ini akan memudahkan kita untuk proses mengingat.Anda tentu faham mengapa kad jemputan perkahwinan ada menyertakan pelan lokasi rumah pengantin. Mengapa tidak menyatakan lokasi rumah dalam bentuk ayat sahaja ?
Ini kerana minda kita lebih mudah mengingat fakta dalam bentuk visual/imej berbanding dalam bentuk ayat. Anda tahu bagaimana orang yang BUTA HURUF menyimpan maklumat KUCING, gambar kucing atau  perkataan KUCING ?

KEBAIKAN PETA MINTA
ØSemua maklumat dapat dilihat secara menyeluruh
ØBahan disusun secara teratur dan sistematik
ØFungsi otak kiri dan kanan dioptimakan
ØDapat memahammengingatdan menguasai dengan mudah
ØMenunjukkan perhubungan antara satu perkara dengan perkara 
    lain dengan jelas.

CARA MENYEDIAKAN PETA MINDA


  • Tulis tajuk di bahagian tengah kertas
  • Jika ada 5 idea utama bagi tajuk ini,, maka anda boleh lukis 5 garisan memanjang  dari tajuk ke luar dan tulis idea utama tersebut pada stiap garisan.
  • Jika setiap idea utama tadi ada 4 isi-isi penting, maka buat  4 garisan di kiri kanan garisan idea utama dan tulis isi-isi penting dengan ringkas.
  • Garisan isi-isi penting ini pula boleh dipecahkan kepada beberapa garisan yang mewakili contoh-contoh.
  • Anda boleh menggunakan warna yang berbeza untuk melukis garisan , misalnya idea utama warna merah, isi-isi penting warna biru dan contoh warna hijau untuk menjadikan peta minda anda lebih menarik.

CONTOH PETA MINDA.

Anda boleh melihat beberapa contoh peta minda di pautan berikut;


https://www.google.com/search?q=mind+map&espv
http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/

TINDAKAN ANDA

Pastikan anda membuat peta minda bagi semua  tajuk yang telah pelajari. Peta minda ini amat berguna bagi membantu anda memahami dan mengingat fakta-fakta penting tersebut. Anda juga boleh berkongsi peta minda anda dengan rakan sekelas bagi tajuk yang sama untuk memastikan tiada maklumat/fakta penting yang tertinggal.

PENGAJARAN

Pernah ada seorang pelajar  mengadu dia kurang  faham tajuk yang sudah dipelajari walaupun dia sudah membaca buku teks dan membuat nota bentuk lain. Apabila pak su bantu dia buat peta minda tentang tajuk tersebut, beliau mendapati kefahamannya meningkat dan mudah baginya mengingat fakta-fakta penting tajuk tersebut.

Apa lagi, buat peta minda sekarang!!!

Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.

Bersama Paksu dalam channel di bawah;















 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting