Tuesday 28 June 2022

TEKNIK MENGAMBIL NOTA YANG PALING EFEKTIF

Apabila anda menghadiri kuliah, satu perkara penting yang mesti anda lakukan ialah mengambil nota apa yang disampaikan oleh pensyarah /guru. Walaupun anda ada nota bercetak yang diberikan oleh pensyarah, namun amalan mengambil nota adalah sangat, sangat penting dilakukan atas beberapa sebab;

# Mengelakkan kelupaan

Kita lupa 50% apa yang kita dengar dalam masa 1 jam dan 70 % dalam masa 2 hari.Jadi apabila kita mengambil nota atau catatan, ianya banyak membantu kita untukmengingat semula.

# Meningkatkan tumpuan

Apabila kita membuat catatan, tangan kita melakukan pergerakkan ( ketika menulis,melukis    dan lain-lain) , mata kita tertumpu kepada  nota pensyarah di papan putih atau layar dan      kertas nota kita, telinga mendengar, minda menjadi aktif, otak kanan dan kiri berfungsi, 
berlaku interaksi antara maklumat yang kita catit dengan penjelasan pensyarah dan  tumpuan belajar meningkat.

# Merekod maklumat penting

Pensyarah /guru selalu menekankan kepada pelajar perkara-perkara penting dalam        sesuatu topik, misalnya perkara ini selalu keluar dalam peperiksaan, tajuk ini ada kaitan tajuk yang lain, tajuk projek kelas dan sebagainya. Dalam hal ini pelajar perlu ambilmaklum dengan menandakan maklumat tersebut dalam catatan nota.


Cara mengambil nota Kaedah Cornell

1. Bahagikan kertas nota kepada 2 ruang, sebelah kiri lebih kecil berbanding yang di sebelah   kanan.( lihat contoh di bawah )

2. Tulis butiran kursus/subjek pada bahagian atas, misalnya Kod Kursus dan tarikh

3. Tulis tajuk kuliah.

4. Tulis soalan peperiksaan lepas yang berkaitan dengan tajuk secara ringkas. Ini sangat      penting kerana semasa anda mengambil nota, anda sebenarnya sedang menjawab soalan      peperiksaan. Wowww ini dua dalam satu. Betul ! question based learning, namanya.

5. Seterusnya dibahagian kiri, anda catatkan idea-idea utama sahaja.

6. Manakala di sebelah kanan, catatkan isi-isi penting berdasarkan idea utama.Isi-isi penting adalah penjelasan atau huraian mendalam kepada idea utama. Anda juga boleh          menggunakan ilustrasi, gambarajah, jadual, geraf, carta alir, neumonik, peta minda dan
sebagainya bagi meningkatkan kefahaman dan ingatan anda.

7. Di bahagian bawah sekali, anda boleh menulis rumusan bagi sesuatu tajuk yang anda anggap penting.

8. Anda boleh menggunakan pen berbagai warna dalam menulis catatan. Paksu suka warna merah untuk idea utama  dan hitam untuk isi-isi penting.

9. Bagi setiap kuliah 1 jam , mungkin anda perlukan 4 atau 5 muka surat atau lebih.Tanda    setiap muka surat supaya kerta nota anda tidak bercampur dengan tajuk yang lain.

10. Anda boleh gunakan ayat sendiri di mana perlu, singkatan, simbol dan sebagainya bagi
 menjadikan nota lebih bermakna kepada diri anda.
    


Baiklah, ini sahaja yang paksu nak kongsi kali ini. Jangan lupa amalkan teknik ini samada anda menghadiri kuliah secara bersemuka atau secara online. Jika anda cuma dengar sahaja, minda jadi pasif dan mudah lupa. Proses belajar yang berkesan memerlukan minda aktif dan kreatif. Mengambil nota salah satu caranya.

Cakap banyak pun tak guna, buat, jangan tak buat. Paksu doakan anda berjaya.

Salam Motivasi










0 comments:

Post a Comment

 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting