Sunday 26 June 2022

FUNGSI OTAK KIRI DAN KANAN DALAM PROSES BELAJAR



Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berbeza dan ia ada pengaruh yang besar dalam proses belajar seperti semasa anda membaca , memaham, mengingat dan menguasai sesuatu topik yang dipelajari.

Otak kiri lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat logik ( pemikiran), matematik, urutan, bahasa, sains, rasional dan analisis.

Manakala otak kanan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat holistik ( melihat sesuatu secara menyeluruh - big picture ), imej (gambar), seni, irama, emosi, kreativiti, visualisasi, imaginasi, intuitif dan sintisis.

Ada orang yang sangat dominan pada otak kiri dan ada pula yang dominan pada otak kanan dari sudut kefungsiannya serta ada juga orang yang seimbang pada otak kiri dan kanan.


Fungsi Otak Kiri dan Kanan Dalam Pembelajaran




Sebagai contoh, katalah anda hendak mengingat seni kata lagu atau ayat Quran;

Cara A: Anda membaca senikata lagu macam biasa sahaja ( tanpa irama)

Cara B : Anda membaca senikata lagu + dengan irama tertentu

Agak-agak cara A atau cara B yang lebih berkesan ? Betul, ramai yang kata cara B lebih berkesan. Mengapa ? 

Semasa anda menggunakan cara A, hanya otak kiri sahaja yang berfungsi, iaitu aspek bahasa dan semasa anda menggunakan cara B, otak kiri ( bahasa) dan otak kanan (irama) berfungsi SERENTAK. Ini yang menyebabkan cara B lebih berkesan. Faham tak ni !!!

Paksu kan kalau nak hafal ayat Quran, paksu akan gunakan taranum ( paksu suka taranum nahawan), Wowwww... kesannya sangat hebat. Cubalah kalau tak percaya !

Itu baru kita gabungkan BAHASA + IRAMA.


Kita tengok contoh lain, buat nota ringkas.

Cara A: Buat nota ringkat/padat ( otak kiri) dengan cara menulis isi-isi penting, secara URUTAN (Otak kiri)

Cara B : Buat nota ringkas/padat ( otak kiri) + cara mind mapping ( ada unsur holistik, imej dan kreativiti - Otak kanan )

Macam mana ? cara B lebih baik kan ! sebab kita gabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan SERENTAK.


Untuk cemerlang kita perlu KREATIF, INOVATIF dan PRODUKTIF dalam proses belajar dan ini hanya boleh berlaku jika kita mengoptimakan fungsi-fungsi otak kiri dan otak kanan sebanyak mungkin secara serentak dalam setiap aktiviti pembelajaran.


Cara mengukur dominasi otak kiri dan kanan

Terdapat banyak ujian-ujian online yang boleh anda gunakan untuk menentukan kecenderungan  dominasi fungsi otak kiri atau kanan, misalnya anda boleh layari laman sesawang berikut;

       Left -right brain test

Ini satu contoh hasil ujian yang pernah paksu ambil, nampaknya paksu ni agak seimbang, otak kiri dan kanan. Paksu memang selalu optimakan fungsi otak kiri dan kanan dalam kehidupan samada yang melibatkan belajar, bekerja, berkarya, beribadat, berkomunikasi dan sebagainya. Itulah paksu. Anda bagaimana ?


Sekarang ni kan, kalau masa solat sendiri atau masa jadi imam, paksu suka baca Fatihah dan Ayat secara bertaranum. Wowww best betul, senang nak dapat khusyuk. Baiklah cukup setakat ini.

SALAM MOTIVASI.



0 comments:

Post a Comment

 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting