Peta minda merupakan satu kaedah membuat nota yang paling efektif kerana kita menyusun maklumat mengikut kategori atau status dan dapat melihat perhubungan antara tajuk dengan idea utama, isi-sisi dan contoh dengan mudah.
TAJUK >>> IDEA UTAMA .>>> ISI-ISI PENTING >>> CONTOH-CONTOH
Apabila maklumat atau bahan pembelajaran disusun dalam bentuk peta minda, kita dapat melihatnya secara menyeluruh (holistik) dan ianya bersifat visual( gambar/imej) dan ini akan memudahkan kita untuk proses mengingat.Anda tentu faham mengapa kad jemputan perkahwinan ada menyertakan pelan lokasi rumah pengantin. Mengapa tidak menyatakan lokasi rumah dalam bentuk ayat sahaja ?
Ini kerana minda kita lebih mudah mengingat fakta dalam bentuk visual/imej berbanding dalam bentuk ayat. Anda tahu bagaimana orang yang BUTA HURUF menyimpan maklumat KUCING, gambar kucing atau perkataan KUCING ?
KEBAIKAN PETA MINTA
ØSemua maklumat dapat dilihat secara menyeluruh
ØBahan disusun secara teratur dan sistematik
ØFungsi otak kiri dan kanan dioptimakan
ØDapat memaham, mengingat, dan menguasai dengan mudah
ØMenunjukkan perhubungan antara satu perkara dengan perkara
lain dengan jelas.
CARA MENYEDIAKAN PETA MINDA
- Tulis tajuk di bahagian tengah kertas
- Jika ada 5 idea utama bagi tajuk ini,, maka anda boleh lukis 5 garisan memanjang dari tajuk ke luar dan tulis idea utama tersebut pada stiap garisan.
- Jika setiap idea utama tadi ada 4 isi-isi penting, maka buat 4 garisan di kiri kanan garisan idea utama dan tulis isi-isi penting dengan ringkas.
- Garisan isi-isi penting ini pula boleh dipecahkan kepada beberapa garisan yang mewakili contoh-contoh.
- Anda boleh menggunakan warna yang berbeza untuk melukis garisan , misalnya idea utama warna merah, isi-isi penting warna biru dan contoh warna hijau untuk menjadikan peta minda anda lebih menarik.
CONTOH PETA MINDA.
Anda boleh melihat beberapa contoh peta minda di pautan berikut;
https://www.google.com/search?q=mind+map&espv
http://www.tonybuzan.com/about/mind-mapping/
TINDAKAN ANDA
Pastikan anda membuat peta minda bagi semua tajuk yang telah pelajari. Peta minda ini amat berguna bagi membantu anda memahami dan mengingat fakta-fakta penting tersebut. Anda juga boleh berkongsi peta minda anda dengan rakan sekelas bagi tajuk yang sama untuk memastikan tiada maklumat/fakta penting yang tertinggal.
PENGAJARAN
Pernah ada seorang pelajar mengadu dia kurang faham tajuk yang sudah dipelajari walaupun dia sudah membaca buku teks dan membuat nota bentuk lain. Apabila pak su bantu dia buat peta minda tentang tajuk tersebut, beliau mendapati kefahamannya meningkat dan mudah baginya mengingat fakta-fakta penting tajuk tersebut.
Apa lagi, buat peta minda sekarang!!!

Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.
Bersama Paksu dalam channel di bawah;
0 comments:
Post a Comment