CARA MENENTUKAN HASIL
Secara umumnya setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza walaupun mereka mempunyai tujuan yang sama dari segi matlamat, iaitu berjaya dalam pelajaran. Namun bagi kebanyakan pelajar yang cemerlang, mereka menunjukkan kecenderungan yang tinggi untuk menggunakan cara-cara belajar yang efektif dan bersistematik kerana mereka percaya bahawa cara menentukan hasil. Ini berlaku apabila mereka menggunakan cara-cara baharu atau yang lebih baik dalam belajar, mereka mendapati keputusan peperiksaan mereka jauh bertambah baik.
Sebagai analogi, jika anda
seorang nelayan yang saban hari pergi ke laut menangkap ikan dengan menggunakan
kail dan hampir setiap hari dapat membawa pulang 10 kg ikan. Anda berpuas hati
dengan hasil tangkapan itu. Apakah tidak ada cara lain untuk anda menangkap
ikan ? Anda perlu sedikit keberanian untuk mengubah cara menangkap ikan. Jika
anda tidak tahu, pergilah hadiri kursus atau latihan dengan nelayan lain yang
lebih berjaya. Jika anda sekarang menangkap ikan dengan menggunakan jaring,
agaknya berapa kg sehari hasil tangkapan ikan anda? 20, 30 atau 40 kg. Wah,
banyakkan?
Ini membutikan bahawa cara
menentukan hasil. Ramai pelajar yang kurang bejaya mengannggap bahawa diri
mereka kurang pandai, tidak dapat banyak A dan gagal melihat bahawa cara
belajar yang mereka amalkan sebenarnya antara punca pencapaian rendah mereka
dalam akademik. Walaupun ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian
akademik seseorang, namun cara atau tekik belajar adalah salah satu faktor yang
kritikal yang perlu diberi perhatian. Ramai pelajar gagal bukan kerana meraka
tidak pandai tetapi kerana mereka tidak tahu bagaimana hendak menjadi pandai.
Terlalu banyak kajian telah
dijalankan mengenai teknik belajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik.
Begitu juga di luar sana sudah ada ribuan buku yang ditulis oleh para sarjana
mengenai teknik belajar. Kursus-kursus atau bengkel teknik belajar sudah banyak
dijalankan. Persoalannya sudahkah anda menghadiri kursus-kursus teknik belajar
atau sudahkah anda membaca mana-mana buku yang berkaitan dengan teknik belajar.
Sekarang sudah sampai masanya
anda melihat kembali teknik atau cara belajar yang anda amalkan. Jika sekarang
pencapaian anda secara purata ialah B,
maka ini bermakna anda menggunakan cara belajar B. Jika anda mengharapkan
keputusan A, maka anda hanya mempunyai satu pilihan, iaitu belajar dengan cara
A. Seperti nelayan tadi, jika mereka terus menggunakan cara kail, hanya lebih
kurang 10 kg ikan sahaja berjaya ditangkap setiap hari. Jika jaring digunakan,
kita boleh menjangkakan hasil tangkapan ikan akan bertambah.
Jika anda sekarang membuat nota
ringkas dengan cara senarai isi penting dalam kertas A4 yang dilipat dua,
mengapa tidak berubah untuk membuat nota ringkas dengan teknik peta minda.
Demikian juga jika anda membaca teks dan selepas itu baharu mencari soalan dan
cuba menjawabnya. Mengapa tidak, sekarang cari soalan dahulu, kaji kehendak
soalan, terutama soalah peperiksaan kemudian baharu mula membaca. Ada tak
bezanya? Anda cuba dahulu. Saya sudah mencuba dan ramai peserta kursus saya
sudah mencubanya. Anda nak tahu. Ramai sudah berjaya. Jika anda hendak berjaya,
ikutlah jejak mereka.
Sekali lagi saya tegaskan,
CARA MENENTUKAN HASIL. Untuk mengubah
hasil, kita perlu mengubah cara. Untuk mengubah pencapaian akademik, anda perlu
mengubah cara atau teknik belajar anda. Bila ?. Sekarang !. Bagaimana ? . Mulakan dengan salah satu
teknik belajar yang anda rasa kurang efektif dan perlu diperbaiki atau diubah.
Anda boleh. Saya boleh. Semua orang boleh.
Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.
Bersama Paksu dalam channel di bawah;
0 comments:
Post a Comment