7 PERKERA BERLAKU BILA KITA MARAH
Marah adalah emosi yang paling kuat dan berpengaruh kepada sikap dan tindakan kita terhadap diri sendiri atau orang lain. Kemarahan yang tidak terurus dengan baik dan berkesan boleh menyebabkan kebencian, permusuhan, keganasan, kecederaan, putus hubungan, penceraian dan pembunuhan. Apabila kita marah ada 7 perkara berlaku samada kita sedar atau tidak.
1. Degupan Jantung Meningkat
Apabila kita marah, degupan jantung akan meningkat dan bertambah cepat. Ini indikator penting yang mudah kita sedari dan sewajarnya kita terus mengambil tindakan untuk mengawal emosi marah yang tercetus dengan cara-cara yang efektif. Jika teruskan marah, keadaan mungkin menjadi lebih buruk dan tidak terkawal. Ini yang biasa berlaku dalam pergaduhan.
2. Pernafasan Menjadi Laju dan Pendek
Dalam keadaan tenang, nafas kita perlahan dan panjang. Dalam keadaan marah atau sangat marah, nafas kita akan menjadi laju dan pendek. Ini juga indikator atau signal awal yang sepatutnya kita sedari dan tidakan kawalan perlu dimulakan.
3. Tekanan Darah Meningkat
Tekanan darah kita juga akan meningkat apabila kita marah. Ini mungkin kita tidak perasan. Marah adalah satu bentuk stres dalam keadaan stres secara fisiologikalnya berlaku tindak balas hormon yang boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
4. Otot-Otot Mula Menegang
Otot-otot badan kita akan mula menegang apabila kita marah. Ini berlaku hasil tindak balas hormon .
5. Hormon Tenaga Meningkat
Orang yang dalam keadaan marah biasanya kelihatan begitu bertenaga. Tindakan-tindakan agresif mudah sahaja tercetus seperti memukul, menghempas, mencederakan dan sebagainya. Ini berlaku kerana hormon tenaga dalam badan meningkat dengan begitu drastik sekali.
6. Minda Emosional Mengambil Alih Fungsi Minda Rasional
Kita ada minda rasional dan minda emosional. Apabila kita marah atau sangat marah berlaku satu fenomena yang disebut sebagai ' emotional hijack' ( amygdala hijack ) yang menyebabkan minda emosional menguasai atau mengambil alih fungsi minda rasional. Ini menjadikan kita berfikir secara kurang rasional dan mengambil tindakan yang juga kurang rasional. Inilah sebenarnya yang terjadi dalam kejadian yang bersifat agresif.
7. Mungkin Mengambil Tindakan Agresif
Marah atau sangat marah cuma gambaran emosi. Ia tidak berhenti di situ. Marah mempengaruhi pemikiran dan tindakan. Marah yang tidak terkawal boleh mencetuskan tindakan-tindakan agresif. Jarang kita jumpa orang pukul orang dalam keadaan senyum.
Apabila terasa hendak marah, kita boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk menenangkan diri dan mengelak dari bertindak secara agresif
1. Tarik Nafas Dalam dan Panjang
Sebaik sahaja anda terasa hendak marah, bila sedar petanda atau indikator marah seperti yang dibincangkan di atas, tarik nafas dalam-dalam dan panjang dalam dalam kiraan 7, tahan dalam kiraan 2 dan lepaskan nafas perlahan-perlahan dalam kiraan 7. Ulang 6 kali. Langkah ini membolehkan anda mengembalikan nafas menjadi perlahan dan panjang. Keadaan ini menjadikan kita rasa sedikit tenang. Peluang untuk berfikir secara rasional dan positif meningkat.
2. Kira 1 Sampai 10 Dalam Hati
Begitu juga bila anda terasa hendak marah, kira dalam hati 1, 2,3,4,5,6,7,8,9,10 secara perlahan-lahan dan ulang 2 atau 3 kali sehingga anda merasa sedikit tenang.
3. Baca Istigfar
Membaca Istigfar beberapa kali secara perlahan dengan penuh harapan terhadap pertolongan Tuhan juga boleh membantu mengawal perasaan marah. Anda akan merasa lebih tenang kerana zikir atau mengingati Allah akan menjadikan hati kita tenang. Kita juga memberi ruang untuk minda rasional berfungsi secara lebih positif.
Salam Motivasi
paksu soder