CIRI-CIRI PERSONALITI JENIS A
KEKUATAN
1. Sangat mengejar masa, hendak cepat dan tidak suka bertangguh dalam membuat sesuatu perkara atau ketika menjalankan tugas
2. Berdaya saing , bercita-cita tinggi serta meletakkan standard dan sasaran yang tinggi, produktif dan suka menjadi yang terbaik
3. Fokus dan berdisiplin dalam menjalankan tugas. Teliti, terancang, efektif dan efisien dalam setiap kerja yang dipertanggungjawabkan.
4. Sangat rajin dan kuat bekerja serta menunjukkan komitmen yang tinggi
5. Proaktif dan cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah
6. Suka mengawal orang bawahan supaya mengikut cara kerjanya.
KELEMAHAN
1. Cepat stres dan sukar menerima kegagalan
2. Kurang sabar dan mudah marah apabila orang lain lambat dan tidak memenuhi standard yang ditetapkan
3. Selalu sibuk dan sukar mencari masa untuk berehat
4. Adakalanya dlihat sebagai keras dan tegas dengan agak melampau
5. Sukar hendak membahagikan tugas kepada orang lain dan kurang percaya dengan kemampuan orang lain.
KESIMPULAN
Orang personaliti jenis A ini pada prinsipnya adalah seorang pemimpin, pengurus dan motivator yang baik . Majikan sangat memerlukan orang-orang personaliti jenis A kerana mereka dapat membantu meningkatkan prestasi dan produktiviti syarikat. Namun untuk mengelak daripada mengalami stres yang kritikal dan berpanjangan , orang personaliti jenis A perlu bijak menyeimbangkan masa kerja dan masa bersama keluarga dan mengurus stres dengan efektif untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi.
0 comments:
Post a Comment