CIRI-CIRI PERSONALITI INTROVERT
Jika personaliti extrovert mendapat tenaga bila berada dalam kumpulan, individu introvert pula mampu berkerja dengan baik apabila bersendirian berbanding apabila berada dalam kumpulan.
Kekuatan Personaliti Introvert
1. Dapat bekerja dengan berkesan secara bersendirian
2. Berfikir secara mendalam dan teliti serta membuat keputusan dengan penuh berhati-hati
3. Pendengar yang aktif dan baik serta penuh empati apabila bercakap dengan orang lain
4. Tenang dan stabil dalam situasi yang mencabar
5. Setia dan jujur dalam persahabatan
Kelemahan Personaliti Introvert
1. Sukar untuk memulakan perbualan apabila bertemu dengan orang baru dikenali
2. Ada idea yang baik tetapi sukar untuk disuarakan kepada orang lain
3. Tidak selesa atau mudah merasa letih dalam majlis sosial
4. Terlalu memendam perasaan dan sukar untuk meluahkannya kepada orang lain
5. Lambat membuat keputusan dalam interaksi sosial
Individu introvert mempunyai daya analisis yang tinggi dan amat sesuai untuk kerjaya yang melibatkan data serta kurang interaksi sosial. Namun perlu meningkatkan kemahiran komunikasi dari masa ke semasa agar dapat berpenanan dengan lebih efektif dalam mana-mana organisasi yang mementingkan interaksi sosial.
0 comments:
Post a Comment