PERSONALITI EXTROVERT
Personaliti extrovert merujuk kepada individu yang mendapat sumber tenaga bila berada dalam kumpulan berbanding jika berada secara bersendirian.
Ciri-Ciri Kekuataan
1. Mudah bersosial, cepat mesra dan menjadikan suasana hidup dengan kehadirannya.
2. Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi, pandai bergaul, suka bercakap dengan orang ramai, dapat menyampaikan idea dengan baik serta pandai dalam pengucapan awam
3. Memiliki tenaga dorongan yang positif, ceria dan aktif. Ada ciri kepimpinan yang baik.
4. Cepat bertindak dalam menyelesaikan sesuatu perkara, bersikap proaktif dan suka mencuba perkara-perkara baharu.
5. Berperanan secara berkesan apabila berada atau bekerja dalam kumpulan, mudah bekerjasama dan dapat memberikan pandangan dengan cepat.
Ciri-Ciri Kelemahan
1. Sukar duduk diam dan cepat bosan apabila bersendirian
2. Adakalanya bersifat impulsif dan bertindak tanpa berfikir panjang serta membuat keputusan berasaskan emosi
3. Adakalanya terlalu bergantung kepada orang lain
4. Suka menguasai perbualan sosial
5. Mementingkan pengiktirafan sosial dan mudah merasa kecewa apabila tidak mendapat perhatian orang lain.
0 comments:
Post a Comment