Monday, 13 June 2011

PANDUAN MEMILIH KURSUS DI UNIVERSITI

         
 ( Klik Panduan Memilih Kursus Di Universiti  untuk ke Youtube )
                  

Setiap tahun ratusan ribu pelajar mengambil peperiksan SPM/STPM. Sebahagian besar pelajar bercadang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah, Diploma, Matrikulasi dan sijil bergantung kepada keputusan SPM/STPM , institusi pengajian dan kursus yang menjadi pilihan. Kursus-kursus yang ditawarkan pula banyak dan adakalanya sebahagian pelajar merasa sukar hendak memilih kursus yang ditawarkan. 

Lebih menyulitkan apabila keputusan SPM/STPM di tahap sederhana. Jika keputusan kita rendah, kita mungkin untuk memilih kursus di peringkat sijil atau pra-diploma. Jika keputusan  cemerlang hampir semua kursus layak bagi anda. 

Memang semua kursus di univeriti, politeknik dan kolej ada syarat kelayakan Am dan syarat kelayakan Khas. Untuk memungkinkan anda mendapat tempat, anda perlu memenuhi kedua-dua syarat tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat yang betul mengenai syarat-syarat kelayakan kursus dan institusi yang menawarkan kursus-kursus tersebut, anda boleh melayari laman sesawang UPU /IPTA/IPTS seperti berikut; (Gunakan maklumat tahun semasa )

https://upu.mohe.gov.my/

atau
https://selangkah.uitm.edu.my/

atau 
Laman Sesawang IPTA/IPTS / Politeknik/ Kolej / Institusi Latihan

Sebagai contoh, katalah anda mendapat A dalam semua subjek kecuali Bahasa Inggeris anda hanya lulus tanpa kepujian. Walaupun syarat umum 3 - 5 kredit mencukupi untuk memohon kursus diploma tetapi sebahagian kursus memerlukan kredit atau kepujian dalam BI dan sebahagian kursus hanya memerlukan lulus sahaja dalam BI. Misalnya kursus Diploma Perakaunan dan Diploma Pengajian Perniagaan memerlukan kredit yang baik dalam BI manakala kursus Diploma Kejuruteraan boleh menerima pelajar yang lulus ( tanpa kredit) dalam BI.

Begitu juga subjek lukisan dan matematik juga menjadi syarat khas dalam kursus tertentu yang memerlukan kemahiran tinggi dalam subjek tersebut. Oleh yang demikian anda  perlu faham mengapa anda mengambil subjek tertentu di peringkat SPM dan apa hubungannya dengan pilihan kursus yang anda inginkan selepas SPM. 

Pernah Pak Su ditemui oleh seorang pelajar yang mendapat A dalam 8 subjek dan gagal BI dalam SPM. Tidak ada satu kursus pun yang beliau layak pohon di sebuah IPT yang Pak Su tahu  kelayakan minima BI sekurang-kurang lulus bagi sebahagian kursus. Pelajar tersebut sebak dan menangis di depan Pak Su. Pak Su  pun turut sedih dan simpati. 

Pak Su selalu pesan kepada calon SPM , tolong jaga 3 subjek keramat  iaitu BM, BI dan Matematik, anda perlu dapat kredit untuk lebih selamat dan jaga 2 subjek lagi yang berkaitan dengan kursus yang ingin anda  pilih di IPT atau kolej.

PANDUAN UMUM

Kelayakan

Hampir semua kursus diploma memerlukan syarat 3 - 5 kredit dalam SPM dan lebih dari 5 kredit di peringkat matrikulasi. Bahkan lebih banyak kredit atau gred A akan membuka peluang lebih cerah untuk mendapat tempat. 

Ini kerana anda berdepan dengan saingan daripada rakan SPM yang mendapat keputusan lebih cemerlang. Kombinasi subjek khusus yang berkaitan dengan kursus pilihan selalunya akan menentukan sama ada kita dipilih atau tidak. Lihat beberapa contoh berikut di mana jika anda mendapat A atau kredit yang baik dalam subjek khusus akan memudahkan anda mendapat tempat.

Bagi pelajar lepasan STPM/ Setaraf, keputusan dari segi CGPA dan Gred bagi kombinasi subjek mengikut keperluan kursus amat penting dalam menentukan peluang mendapat tempat. 

Kita lihat subek khusus dan kursus  pilihan yang sesuai;

Bahasa Malaysia         
Hampir semua kursus diploma /matrikulasi memerlukan kredit dalam BM.

Bahasa Inggeris                              
Semua kursus yang menggunakan kemahiran bahasa yang tinggi memerlukan keputusan BI yang cemerlang. Misalnya kursus Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Undang-undang, Lingguistik, Komunikasi, Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perbankan, Kewangan, Pengurusan Pejabat , Ekonomi, Pengurusan Maklumat, Pengurusan Sumber Manusia, Hubungan Antarabangsa,

Matematik                 
Semua kursus yang menggunakan kemahiran mengira yang tinggi seperti Perakaunan, Perbankan, Kewangan, Pengurusan Perniagaan, Sains Aktuari, Sains Komputer, Ukur Bahan, Pengurusan Hartanah,

Matematik Tambahan,  Fizik dan Kimia            
Kursus-kursus Kejuruteraan seperti Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrik dan Kimia.

Biologi, Kimia dan  Matematik
Kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Kesihatan, Sains Gunaan,
Lukisan                      
Kursus Seni Bina, Hiasan Dalaman, Seni Landskap, Seni Reka danSeni Lukis, Grafik, Fotografi, Bangunan,

Perakaunan, Ekonomi  dan  Perdagangan
Kursus-kursus Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Ekonomi, Perbankan, Kewangan,

Bahasa Arab, Pengetahuan Agama  Islam
Kursus-kursus Agama seperti Syariah, Usuluddin, Al-Quran dan As-Sunnah, Bahasa Arab, Tafsir, Hadis  dan lain-lain kursus berkaitan dengan agama

Pak Su tidak dapat hendak menyenaraikan semua kursus, bagaimanapun anda boleh melayari laman sesawang UPU,  Universiti, Politeknik dan Kolej  untuk melihat senarai kursus dan syarat kelayakan.

Minat

Dengan kelayakan yang baik atau cukup sahaja belum membolehkan anda memilih kursus dengan betul dan tepat. Anda perlu mengambil kira faktor minat. Minat penting kerana ia boleh menyebabkan anda fokus, memberi tumpuan sepenuhnya, seronok dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang kursus yang anda ikuti. 

Minat merujuk kepada kecenderungan, kesukaan, kegemaran, keseronokan anda dalam melakukan sesuatu. Jika anda berminat mendaki gunung, anda akan berusaha sedaya upaya dengan penuh yakin untuk sampai ke puncak walaupun anda berdepan dengan berbagai cabaran.

Ramai pelajar gagal untuk menamatkan pengajian di universiti kerana mereka memilih kursus yang sebenarnya mereka kurang minat. Bahkan ada pelajar perubatan yang berjaya menamatkan pengajian tetapi tidak mahu menjadi seorang doktor. Pelik juga ya ! Itulah sebabnya anda perlu benar-benar faham apakah minat anda sebenarnya. 

Anda perlu ada maklumat yang luas dan mendalam tentang sesuatu kerjaya yang anda minati, ini kerana ia ada kaitan yang langsung dengan kursus yang hendak ambil. Misalnya jika anda meminati bidang guaman, anda perlu faham apakah kerja atau tugas seorang peguam, budaya kerjanya, tempat dan suasana kerja, pendapatan, cabaran-cabaran, ciri personaliti yang sesuai sebagai peguam, peluang meningkatkan kerjaya, peluang untuk membuka perniagaan sendiri dan sebagainya. 

Banyak cara yang boleh anda lakukan untuk mendapat maklumat tersebut misalnya dengan menonton rancangan TV yang berkaitan dengan kerjaya seorang peguam, hakim atau kes-kes mahkamah. Jika ciri-ciri personaliti anda menepati ciri seorang peguam atau hakim dan anda memang meminati bidang kerjaya ini, maka bolehlah anda membuat keputusan untuk memilih kursus undang-undang.

Anda juga boleh mengambil ujian minat kerjaya untuk mengesahkan adakah minat anda itu boleh dipercayai. Berjumpalah dengan kaunselor anda, Pak Su yakin mereka boleh membantu anda dengan baik. Anda juga boleh mengambil ujian minat secara online dalam internet dan membincangkan hasil ujian dengan kaunselor untuk kepastian.

Contoh laman sesawang yang menyediakan ujian minat kerjaya ;

Nurturing Expert Talent (TalentCorp Malaysia)
https://www.talentcorp.com.my/findmynext

O*NET Interest Profiler (USA)
https://www.mynextmove.org/explore/ip


Bakat

Bakat merupakan ciri-ciri istimewa , luar biasa atau dorminan yang ada pada diri seseorang. Ada setengah bakat diwarisi dan ada juga yang dipelajari. Lazimnya orang berbakat dalam sesuatu bidang juga meminati bidang itu. Bakat melukis, mengira, berpidato, bersukan, menyanyi, main alat muzik, berkarya, kepimpinan, mereka cipta dan sebagainya adalah di antara bakat yang ada pada diri anda. 

Cuma tahapnya mungkin berbeza. Ada yang berbakat besar dalam berpidato sehingga mewakili sekolah, daerah, negeri  atau negara dalam pertandingan pidato. Kepetahan dalam berhujah ini amat sesuai dengan kursus undang-undang. Begitu juga jika anda ada bakat melukis, anda akan lebih berjaya dalam kursus Seni Bina, Rekabentuk Dalaman, Landskap, Bangunan, Grafik dan lain-lain berbanding dengan mereka yang kurang bakat melukis.

Selamat maju jaya. Salam motivasi.

Untuk lebih faham tentang proses pemilihan kursus di universiti, paksu ada sediakan senarai semak, faktor pemilihan dan contoh kes pelajar dalam memilih kursus dalam video klip berikut, sila klik link di bawah, Panduan Memilih Kursus Di Universiti ( updated: 6 Jun 2021)


atau

Temui Pak Su dalam Youtube channel di bawah;









93 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikud pak sudir,saya plajar lpsn spm 2012 yg lepas..saya minat kejuruteraan kimia..bgaimana jika keputsan kurg cemrlg tp saya nak melnjutkn pljrn dlm bidang ni..saya ambil matpljrn bm,bi,sjrh,agma,math,lukisn kejuruteraan,fizik,kimia,add math,p.sni visual..trima kasih

paksudir on 16 January, 2013 22:27 said...

Wassalam. Apa-apa pun bidang yg nak kita ceburi, pastikan subjek-subjek yg berkaitan dengan bidang itu kita dpt result yg baik.Ini adalah asas untuk kita boleh teruskan pengajian, bukan sekadar minat sahaja.Mudah-mudahan dpt result bagus. pak su

Anonymous said...

Assalammualaikum pak sudir, saya pun bermint dgn chemical engineering. ape sub yg perlu sy pling kene skor?

Atikah Kahar on 13 December, 2013 20:05 said...

Pak sudir.. bagaimana dgn kos hotel management atau kos kulinari.. kedua2nye perlu subjek BI kredit.. Tapi sy cukup2 lulus je dapat D.. jd xboleh la ambil salah satu dr kos tersebut. :'(

paksudir on 19 December, 2013 20:25 said...

1. Untuk kursus chemical engneering perlu ada kredit yg baik dalam Add Maths, Kimia, Fizik dan kalau boleh English pun kena baik sebab banyak buku di U semuanya dalam BI.

2. Bagi Kursus Hotel Mgt atau Kulinari atau lain-lain kursus perhotelan dan pelancongan , memang BI sangat penting sebab industri ini banyak menggunakan BI. Cubalah mohon , mana tahu ada rezeki.

eman said...

Assalam pak sudir . Di sekolh saya ade masalah . 3 kelas prinsip perakaunan di sekolh saya tnpa matematik tmbhn. bkn salahkn pelajar tp pihak sekolh yg kuatkuasakn mcm nie . Hnya sekolh saya shj xambik addmath . Org kata peluang lnjutkn pljrn ke ipt atau ipts sangat tipis tnpa addmath .

Anonymous said...

Salam...pak sudir......saya minat diploma sains pertanian dan berkenaan tentang pertanian lah.....tapi matker..aya D..adakah saya akan diterima walaupun kelayakan math C....
Adakah diterma walaupun wat rayuan...

Pak sudir.....berikan lah cadangan course di ipta yg kurang menggunakan kira2 or kelayakan yg matematik D ker

Unknown on 12 October, 2014 22:52 said...

As salam pak sudir,apakah kelayakan yg diperlukan untuk mengambil bidang seni visual?dan dimanakah sya boleh melanjutkan pelajaran?

Anonymous said...

Saya juga mohon pak sudir jelaskan ttg ini. Perakaunan + addmath 1kelas shj. Apa nasib masa depan anak2 ini. Tiada penjelasan kpd anak di sekolah.

Anonymous said...

Nak tanya kalau nak amek bidang ekonomi/perniagaan kena amek add math ke?

Anonymous said...

Sye minat dlm kos hotel management,apakah mata pelajaran yang sye kena skor

Anonymous said...

Salam,saya kredit dlm bm,bi,sains tetapi kecuali matematik ..apa bidang yg tidak memerlukan kredit mt??

Anonymous said...

Salam kredit sya 2.boleh ke sambung belajar? Dan bidang ape yg sesuai?

Unknown on 04 March, 2015 12:24 said...

salam paksuder. saya mendapat keputusan A dalam bm,bi,maths dan sej. manakala, mendapat C dalam addmaths dan bio dan mendapat D bagi fizik dan chemistry. apa yng perlu saya buat?

Unknown on 19 March, 2015 00:56 said...

Salamualaikum pak su.saye tahun ni akan mengambil SPM..insya allah kalau dapat result yang baik saye memang berminat untuk mengambil kursus seni bina ni..lagipun memang saya minat bab bab melukis ni..cuma saya nak bertanya kepada pak su apekah subjek subjek penting yang perlu kite skor tinggi untuk mendapatkan bidang seni bina ni..saya adalah pelajar aliran sains sukan dan ada mengambil mata pelajaran reka cipta..adekah reka cipta juga penting untuk mengambil kursus seni bina..

Unknown on 20 March, 2015 00:09 said...

Result spm bi saya tak kredit. Saya risau klu x dpt upu or matrik. Bole kasi pendapat x? Pleaseee

Anonymous said...

Boleh tak saya menlanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan tetapi saya tiada biologi tetapi saya ada kimia,fizik dan matematik tambahan?? Keputusan SPM saya ialah 6A 3B

nazatul amirah on 10 April, 2015 13:33 said...

macam mana dengan lepasan STPM pak sudir ?

nazatul amirah on 10 April, 2015 13:33 said...

macam mana dengan lepasan STPM pak sudir ?

Unknown on 02 June, 2015 11:33 said...

saya tak amik fizik , tapi nak amik kejuruteraan boleh ke ?

Unknown on 01 July, 2015 17:19 said...

Kalau nak sambung belajar bidang seni lukis / bidang muzik tapi maths dpt G dlm spm.. kat mana yg layak dpt smbung blaja?

Jebatbaik on 01 November, 2015 15:08 said...

aslm... nak tanya kalau lpasan stpm nk mohon masuk degree, sbjek matematik masih diambilkira ke ? walaopon memohon kursus yang tidak melibatkan pengiraan spt kursus sejarah ?

Unknown on 04 November, 2015 04:19 said...

assalammualaikum . saya ni kurang meminati bidang sains . masa sekolah dahulu saya mengambil subjek geo . ekonomi asas . sains biasa . bidang apa ygvsesuai dengan saya ? . saya cuma kurang meminati fizik . jika saya mengambil kejuruteraan awam adakah ia akan membantu saya ?

syasalleh on 16 November, 2015 16:11 said...

Assalamualaikum..saya dalam dilema dan memerlukan nasihat..saya pelajar diploma ukur bahan dan saya rasa saya kurang minat dgn course ini. Saya ambil sbb yg encik kata saya dpt 8a tp 1d d itu bahasa inggeris..jadi hanya ukur bahan yg saya dpt waktu upu..jadi boleh ke saya ingin menukar bidang lain yg saya minati dalam pendidikan dan perniaagaan..adakah saya masih ada peluang untuk mengubah minat saya..harap dpt membantu saya..

EmmaZhaa on 22 November, 2015 11:48 said...

Assalamualaikum, pak sudir. Saya pelajar sekolah sains, boleh ke saya nk ambil bidg agama sewaktu di universiti nanti? Sbbnye...saya x ade exam b.arab.

Anonymous said...

Saya lepasan spm & saya sangat meminati subjek mathematics.pada pendapat paksudir, jurusan apakah yg sesuai saya ambil jika nk sambung belajar?

Fatin Hanani on 01 January, 2016 18:01 said...

Assalamualaikum. Saya berminat untuk menjadi doktor pakar bedah. Akan tetapi saya tidak mengambil subjek fizik. Hanya bio dan kimia sahaja saya ambil. Jadi, Boleh ke saya menjadi pakar bedah? Mohon diberikan penjelasan.

Anonymous said...

assalamualaikum pak sudir.. bidang apakah dan universiti apa yng bleyh saya belajar klau saya drop matematik tambahan ..saya harap pak sudir dapt membantu saya.. terima kasihh . saya spm taun niey..

Unknown on 16 February, 2016 20:29 said...

Salam pak sudir.saya pljar lpsn spm 2015.skrng tngah tnggu kputsan spm.sya skrng buntu sbb x thu nk pilih program pengajian apa.sya minat nk jdi guru prasekolah atau nak jdi guru agama sbb sya sklah sma.hrap dpt bntu dngan memberikan pndapat tntng pmilihan tntng program pngajian di ipta.boleh email di izza.arifa@gmail.com

Unknown on 16 February, 2016 20:34 said...

Salam pak sudir.saya pljar lpsn spm 2015.skrng tngah tnggu kputsan spm.sya skrng buntu sbb x thu nk pilih program pengajian apa.sya minat nk jdi guru prasekolah atau nak jdi guru agama sbb sya sklah sma.hrap dpt bntu dngan memberikan pndapat tntng pmilihan tntng program pngajian di ipta.boleh email di izza.arifa@gmail.com

Unknown on 03 March, 2016 16:20 said...

Salam saya lepasan Spm 2015..dpt 7a 2 d ..bi saya dan add math d...hm kursus mna yg saya layak..saya budak akaun

Anonymous said...

Salam, saya lepasan Spm 2015. Apa jurusan yg sesuai kalau:
BM: A
BI: A
Tassawur: A-
MM: B+
Saya x tahu nak mbik kursus apa...

Miss_Aimi on 05 March, 2016 06:59 said...

Salam,kalau lepasan matrikulasi akaun layak ke memohon ijazah sains matematik???

Anonymous said...

Assalamualaikum.. result SPM saya hanya dapat 4 kredit (BM A- , BI B , Sains B+ , PAI C+) . Sejarah dan Matematik saya hanya dapat gred Lulus sahaja. Prinsip Perakaunan dan Eko. Asas saya bergred Lulus, manakala Addmath saya Gagal . Adakah saya layak untuk memohon Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak / Diploma Pengurusan Hotel & Katering?? Boleh cadangkan di mana tempat yg menawarkan dlm jurusan tersebut? Terima Kasih.

Anonymous said...

Cuba check dekat link imasscu sbb mostly ,uni nk bi kredit..all the best

Anonymous said...

Kejuruteraan sgt mnjurus kpd fizik n addmath apetah lagi kjuruteraan awam

Unknown on 28 May, 2016 02:31 said...


Pak sudir saya merupakan pelajar lepasan spm dan mendapat kputusan 3a dlm subjek sejarah,sains, dan Alquran dan sunnah, manakala Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris saya pula kepujian.. pda pendapat pak sudin, apa kah course yang bersesuaian dengn kputusan spm saya? Apa bila di tanyakan soal minat dalam sesuatu subjek, saya suka smua benda sekiranya saya bole lakukan,..

Unknown on 28 May, 2016 02:31 said...


Pak sudir saya merupakan pelajar lepasan spm dan mendapat kputusan 3a dlm subjek sejarah,sains, dan Alquran dan sunnah, manakala Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris saya pula kepujian.. pda pendapat pak sudin, apa kah course yang bersesuaian dengn kputusan spm saya? Apa bila di tanyakan soal minat dalam sesuatu subjek, saya suka smua benda sekiranya saya bole lakukan,..

Unknown on 06 June, 2016 07:56 said...

assalamualaikum pak sudir. saya nak tanya, bidang apa atau course apa yg saya boleh ambil sbb kt skolah saya ambil 10 subjek. saya x ambil subjek sains tulen dan addmath. saya ambil subjek perdagangan dan geografi. jadi, bidang apa yg saya boleh ambil ye?

Unknown on 31 October, 2016 17:34 said...

Kalau saya tk dpt kredit dlm subjek mathematics boleh ke saya smbung study ?

Unknown on 18 November, 2016 20:52 said...

Paksudir.. Sya mau ambil jurusan muzik di uitm atau upsi,klu maths dia mesti wajib lulus ka selain dari bm dan bi?? Please answer!

paksudir on 25 January, 2017 18:27 said...

Di UiTM , Maths perlu lulus. Untuk Diploma Muzik, perlu 5 kredit termasuk BM. Rujuk link berikut;
https://music.uitm.edu.my/v2/index.php/mu110requirements

paksudir on 25 January, 2017 18:34 said...

Subjek matematik menjadi syarat kredit atau lulus bergantung kepada kursus yg anda pilih. Sila buka laman web universiti, pergi ke fakulti > program > syarat kemasukan.

Unknown on 09 February, 2017 19:35 said...

Saya thn ni spm, saya kelas reka cipta. Rasa apa yang ok ya?

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Ingin bertanya, jika saya mahu menceburi course bahasa, apakah langkah2 dan kelayakan yg perlu ada?
Terima kasih

Unknown on 28 February, 2017 22:43 said...

Saya minat untuk mengambil jurusan fisioterapi tpi sye cme ditwarkan kelas no.2 iaitu subjek elektifnye adalah prinsip perakaunan, addsains, addmath. Layak ke sye untuk mengambil jurusan tersebut?

Unknown on 17 March, 2017 14:37 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown on 17 March, 2017 22:14 said...

pak sudir..kalau mendapat 4 kredit layakkh masuk ke univeristi atau tingkatan 6.

Anonymous said...

salam pak sudir.. saya nak tanya subjek addmath saya gagal tapi subjek2 yg lain semua lulus,apakah bidang yg layak untuk saya ceburi?masihkah ada peluang untuk saya melanjutkn pelajaran ke IPT?..saya merupakan pelajar aliran sains..mohon pencerahan

Unknown on 11 May, 2017 18:05 said...

Assalamualaikum pak sudir..saya lepasan spm 2016..saya mgmbil aliran sains.keputusan subjek sns saya:Biologi-C+,kimia-D,Fizik-C,Addmath-G.jadi saya tidak boleh masuk matriks.saya ditawarkan jurusan sains di tgkatan6 dan saya telah pun mendaftar di sekolah tersebut..saya betul-betul nak jadi doktor.tapi saya takut x dapat angkat aliran ni.harap pak sudir dapat bantu.saya brcadang mgmbil subjek biologi shja drpda aliran sains,gabung dgn sains sukan dan subjek wajib..adakah pilihan subjek saya ini boleh mmbolehkan saya mnjdi doktor pakar perubatan?.atau adakah saya perlu mnmbah subjek fizik? Atau kimia?...tlg bantu saya......

Azwa Wahida on 02 July, 2017 14:42 said...

Assalamualaikum. Nak tnya kalau result sains tulen kita ada yg fail, kalau kita nak mohon smbg bljr dkat U masih boleh diterima ke even course yg kita pilih bukan berkaitan sains tulen? Means dia akan pandang jugak ke result sains tulen kita tu?

Unknown on 07 July, 2017 12:56 said...

assalmualaikum.. apa yg kita perlu ada untuk ambik jurusan business??

NorHanis_English3 on 11 November, 2017 15:30 said...

assalam..nak tnya antara bidang berkaitan ekonomi dgn perakaunan yang mna lagi baik.

Unknown on 24 February, 2018 17:39 said...

Assalam. Apakah peluang untuk pelajar jika berada di kelas Sains Akaun tetapi tiada matapelajaran Matematik Tambahan dan Ekonomi Asas?

Unknown on 04 March, 2018 22:29 said...

Assalam..saya modul 2 di matriks tp saya minat bio.. Possible x kalau saya ambik bio kat u nnt?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Pak Sudir ijazah Pengajian Sosial mcm mna & adakah proses pembelajarannya lebihkan bahasa melayu atau bahasa inggeris

Hanna on 24 April, 2018 19:53 said...

Pelajar lepasan stpm yg masa Spm result x bgus math dia hanya sekdar lulus E adakah masih perluang masuk u ..dgn pointer stpm 3.33

Unknown on 02 May, 2018 13:04 said...

Assalamualaikum.

Diploma Business Administration
Cyberjaya University College of Medical Sciences, Selangor.
Untuk golongan Pendapatan Keluarga Bawah RM4000.
Asrama Percuma.
Program 2 setengah tahun.
Yuran Pengajian Hanya RM300
Emailkan kepada : shahrulnizam@cybermed.edu.my
Contact no : 0125037940

Unknown on 02 May, 2018 13:05 said...

Assalamualaikum.

Diploma Business Administration
Cyberjaya University College of Medical Sciences, Selangor.
Untuk golongan Pendapatan Keluarga Bawah RM4000.
Asrama Percuma.
Program 2 setengah tahun.
Yuran Pengajian Hanya RM300
Emailkan kepada : shahrulnizam@cybermed.edu.my
Contact no : 0125037940

Anonymous said...

Asslm, boleh paksu terangkan subjek yang perlu saya skor untuk lanjutkan pelajarN dalam bidang ekonomi kewangan islam krn saya bercita-cita untuk menjadi pegawai bank. Subj elektif yang saya daftar Add math,Perakaunan,Ekonomi.dan kemana harus saya masuk untuk program lepasan spm yang memudahkan saya untuk ke UPSI dalam bidang ekonomi(bukan pendidikan)?

Email saya: Ummieammira@gmail.com

Unknown on 23 May, 2018 22:54 said...

Salam pak sudir. Saya nak apply banking tp addmath sy D. Adakah sy diterima ?

aisya on 21 July, 2018 20:26 said...

Assalamualaikum, cg saya ada kata boleh sahaja ambil kos sains di university kalau addmaths tk lulus betul ke ?

Unknown on 10 December, 2018 12:23 said...

Kalau waktu spm ambil tasawur islam, kesusteraan melayu,psv,perniagaan.. Apa aliran yang patut saya ambil waktu sambung belajar nanti ye.. Tolonglh bantu sye.. Saya confius nk ambl bidang ap ni..thun depn dpt result spm

Azani.K on 19 January, 2019 14:14 said...

Assalam.. sye sudah bekerja dlm kerajaan perseketuan.. sye bercadang ingin melanjutkan pelajaran atas sebab masalah tempat kerja.. kursus ijazah ape yg paling senang utk sye..��

Anonymous said...

nk jdi doktor fisio/ forensik ade kaitn ngn addmath ke tidak...mohon pncerhn

Unknown on 17 March, 2019 08:13 said...

Saya Gagal Dalam Bahasa English Tapi Credit Dalam 8 Subjek Apa Diploma Yang Dapat Di Ikuti

aditya.aulia139@gmail.com on 17 March, 2019 10:33 said...

Assalamualaikum Wr. Wb.

WhatsApp Only::::{+33753893351}
Email::::{aditya.aulia139@gmail.com}
{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOANS via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

Unknown on 18 March, 2019 13:08 said...

Assalamualaikum pak sudir... Saya pelajar lpsn spm 2018... Saya minat sgt dgn subjek matematik n sains... Waktu isi borang upu saya x tau nk pilih kos apa... Boleh x saya minx tlong pak sudir utk memberikan cdangn utk kos yg saya boleh pilih berdasarkn subjek yg saya minat

Anonymous said...

Assalamualaikum.. saya ada kenalan yang berminat dengan diploma kejuruteraan tapi result spm baru ini dia peroleh gred E bagi subjek Matematik. Boleh ke dia memohon untuk diploma kejuruteraan atau dia perlu memilih kos yang lain? Mohon pencerahan..

jay lee ayd on 20 March, 2019 10:57 said...

heloo, kalau berminat dalam sejarah apakah kelayakan dan adakah penting untuk dapat sekadar lulus dalam bahasa inggeris dalam spm tahun 2018 boleh mendapat masuk universiti?

aditya.aulia139@gmail.com on 20 March, 2019 11:38 said...

Assalamualaikum Wr. Wb

Email:::(aditya.aulia139@gmail.com)
(iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY (ISKANDAR LENDERS) via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}

umknown on 23 July, 2019 12:32 said...

saya mengambil bidang perakaunan di sekolah menengah tetapi cita-cita saya adakah untuk mempelajari biologi.adakah boleh saya mengambil kos sains di universiti,,jika boleh,bidang apa?

SYKAN on 27 August, 2019 11:32 said...

Assalamualaikum. Saya adalah lepasan stpm pointer 2.75 dgn muet band 4. Spm math A dan bm A-. Bi b+. Saya sedang tunggu rayuan kedua. Masalah saya, saya still tak tahu jurusan apa yg saya betul2 nak. Adakah saya layak utk jurusan bahasa?

Unknown on 02 March, 2020 13:29 said...

Assalam pak sudir.anak saya f3 thn ni dan akan ambil pt3. ank sy suka muzik dan suka bermain gitar.jd apakah perkerjaan dan jurusan yg sesuai dgn minatnya selain mnjadi ahli band atau artis.sy x mahu dia cenderung dalam bidang seperti itu.apakah bidang yg sesuai dgn minatnya

Unknown on 04 March, 2020 08:46 said...

sykan..akak tolg jawab ya..hehe..kalau minatnak smbung dlm ijazah bisnes/pendidikan kanak kanak ok je..akak uruskan tu..bole pm 011-16930576.
akak yg tanya pasal anak tu..sy suggest masuk ASWARA ok..memg spesisfik pd seni mcm gitar tu...atau ambil jurusan musik ke..byk kelasmusik di ipts skrg..

Unknown on 05 March, 2020 18:12 said...

Subjek sn tulen sya dpt B dan ad C, mak sya suruh masuk uitm tpi dia kata sya layak ambil course kulinari atau design, tpi sya x minat course tu. Sya Kena buat ap

Unknown on 06 March, 2020 18:20 said...

Assalamualaikum sy lpasn spm
Jurusan apa yg sesuai dgn sy?
Bm A, Bi D, sn tulen A,math A, seni A, tasawwur A, kesusasteraan Melayu B, sej B,... Jurusan apa yg sesuai??

Quotes_prince. on 07 March, 2020 19:37 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown on 12 March, 2020 23:46 said...

As Salam...anak Saya dapat A- bg sains Dan maths. Subjek lain B+, course APA sesuai. TQ

Unknown on 12 March, 2020 23:49 said...

As Salam..anak Saya dpt A- maths Dan sains. Subjek lain B+. course APA sesuai.tq

Anonymous said...

Aslm,paksuder. Saya lpsn spm 2019. Saya dapat straight A, sya skrg dlm dilemma nk pilih course. Saya tk tahu apa yg saya minat. Ramai suruh saya sambung sains komputer(komputeran internet) di UPSI dan kejuruteraan di UNIKL. Saya sdng mencari course yg boleh memastikan peluang pekerjaan.Sekarang sudah buntu nak sambung course apa dan dan di mana.

Unknown on 03 June, 2020 23:28 said...

assalamualaikum Pak Sudir, saya nak tanya pendapat Pak Sudir. Saya hanya sekolah biasa saja bukan sekolah agama. Jadi saya hanya ambil pendidikan islam dan tasawwur, jadi boleh ke saya nak sambung ambil couse agama yang lain seperti psi atau pqs atau ba sedangkan semasa sekolah menengah saya tak ambil pun semua tu.

Unknown on 18 February, 2021 13:08 said...

Universiti mana yang boleh kita masuk kalau nak ambil aliran akaun tapi masa SPM tk de addmath

Unknown on 25 February, 2021 13:36 said...

Pak Sudir saya nk tanya KLU ketika SPM saya meminati subjek matematik dan matematik tambahan,apakah halatuju selepas itu?

Unknown on 15 March, 2021 20:38 said...

Pak sudir...anak sangat minat pengiraan@matematik dan A utk subjek matematik, matematik tambahan, fizik dan akaun dan kredit utk subjek lain .....apa krusus diploma or ijazah yg perlu dipohon yg ada byk pengiraan@matematik..?

paksudir on 01 June, 2021 11:41 said...

Banyak U menawarkan kursus akaun, pilihlah mana- mana, yg penting anda dpt result bagus. Takde Add Maths pun boleh.

paksudir on 01 June, 2021 11:43 said...

Boleh mohon apa-apa kursus yg berasaskan pengiraan. Cuba explore di websites U ye.

paksudir on 01 June, 2021 11:48 said...

Boleh cuba kursus akaun, statistik, sains komputer dan kejuruteraan

Unknown on 09 June, 2021 11:14 said...

Assalaammualaikum sy da habis asasi sy skrg tgh confius nak sambung ap sy minat education tpi offer letter Islamic finance tpi time SPM teruk takut subjek ngira ???

paksudir on 09 June, 2021 14:48 said...

Boleh rujuk website uni yg tawar kursus islamic finance dan cuba tengok subjek- subjek ikut semester, baru tahu berapa peratus melibatkan pengiraan.

Unknown on 25 March, 2022 12:37 said...

kalau saya dari diploma kejuruteraan awam, nak masuk degree in mathematics boleh ke?

pak sudir on 26 March, 2022 21:07 said...

Boleh sambung degree mathematics jika memenuhi syarat am dan syarat khas fakulti.Saudara kena semak di laman sesawang universiti yang berkaitan. Semoga berjaya.

Anonymous said...

Cool and I have a swell proposal: How Many Houses Has Hometown Renovated contractors for home additions near me

Post a Comment

 

Pak Sudir Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting