Klik link di bawah untuk Video klip SQRRR
Semua perkara yang kita lakukan memerlukan teknik atau kemahiran. Misalnya kita bermain bola. Orang yang mempunyai kemahiran atau teknik bermain yang tinggi selalu terpilih mewakili kolej, universiti atau bermain untuk negara.Ini membuktikan teknik mempengaruhi pencapaian atau hasil. Demikian juga dalam hal belajar. Belajar memerlukan teknik atau kemhiran yang tertentu. Kita pernah dengan teknik belajar seperti Smart learning, Accelerated learning, Whole-Brain learning, Whole-System learning dan macam-macam lagi. Di luar sana terdapat beratus-ratus judul buku berkaitan teknik belajar.Pernahkan anda membaca mana-mana buku teknik belajar atau pernahkah anda mengikuti kursus-kursus teknik belajar? Belum ! kesian. Apakah teknik belajar yang anda amalkan sekarang ? Cuba namakan ? Tak ada ! sekali lagi kesian. Tidak mengapalah, kali ini pak su hendak kongsikan satu teknik belajar iaitu Teknik SQRRR. Pak su pernah amalkan teknik ini dan tamat pengajian dengan CGPA 4.0, Wow !
TEKNIK SQRRR
Boleh dirumuskan bahawa STUDY (BELAJAR) = SQRRR.
Maksudnya proses belajar anda dianggap lengkap jika semasa belajar anda melakukan aktiviti SQRRR. Jika dilihat dari segi urutan, belajar harus bermula dengan S.
SURVEY (S) : Tinjau
- Mulakan proses belajar anda dengan membuat tinjauan menyeluruh topik yang hendak dipelajari agar anda dapat melihat gambaran menyeluruh mengenai topik tersebut.
- Tinjauan ini akan menyebabkan otak kanan anda berfungsi (holistik).
- Baca sepintas lalu (skimming) topik tersebut dan kenalpasti idea-idea utama. Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa topik ini ada sekian banyak idea utama (tajuk kecil)
- Beri perhatian terhadap jadual, gambarajah, graf, peta atau lain-lain ilustrasi dan cuba kaitkan dengan fakta atau idea utama tertentu.
- Beri perhatian dengan ayat pertama setiap perenggan.
- Pada peringkat ini anda sudah dapat gambaran menyeluruh sesuatu topik dan ini membantu anda lebih fokus dalam proses seterusnya.
QUESTION (Q) : Soalan
- Setelah membuat tinjauan, proses seterusnya ialah menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik yang hendak dipelajari.
- Anda boleh gunakan soalan-soalan peperiksaan semester lepas yang mudah dimuat turun dari laman web perpustakaan kolej/universiti.
- Pastikan anda dapat 3 set soalan lepas bagi setiap subjek/kursus yang diambil.
- Buat analisa soalan dan sediakan satu jadual di mana ada senarai topik dan contoh soalan lepas. Perkara ini patut disiapkan di awal semester (minggu pertama )
- Kenalpasti kata kunci yang menjadi fokus soalan. Cuba fikirkan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
- Anda akan mendapati banyak soalan yang tiada jawapan tepat. Ini satu petanda yang baik kerana selepas ini anda akan lebih fokus. Percayalah cakap pak su !
READ (R) : Baca
- Anda sudah survey, anda sudah ada question. Nah , sekarang baru anda boleh baca.
- Maksudnya dalam teknik SQRRR, membaca ( secara intensif) ialah proses ketiga. Kita hanya boleh membaca setelah kita buat tinjauan dan ada soalan. Kenapa ?
- Baca dengan teliti ( Intensif) setiap perenggan dan gariskan atau tandakan idea-idea utama, isi-isi penting dan contoh-contoh.
- Tentukan idea-idea utama dan isi-isi penting dan cuba hubungkan dengan soalan tadi.
- Buat nota ringkas, misalnya nota peta minda, carta alir, gambarah dan sebagainya seolah-olah anda menjawab soalan tadi.
- Jika anda menemui istilah, konsep, teori yang sukar, buat catatan untuk merujuk kepada kamus/pensyarah/kawan.
- Anda perasan tak . Sebenarnya bila ada soalan, baca dan sambil buat nota ringkas, anda sedang menjawab soalan peperiksaan, anda cuba memahami kehendak soalan, anda membiasakan diri dengan bentuk soalan peperiksaan.Anda bijak sebab anda ikut cakap Pak Su yang bijak ini.
RECALL (R) : Ingat kembali
- Setelah anda membaca dan mecatat nota ringkas, cuba tutup buku, tutup nota dan ingat kembali apa yang anda telah pelajari.
- Cuba ingat semula idea-idea utama dan isi-isi penting topik tadi atau cuba huraikan definisi, konsep atao teori atau sebut semula formula jika subjek pengiraan.
- Jika anda dapat menyatakan dengan tepat atau menulis semula dengan betul, maksudnya anda telah menguasai tpoik itu. Syabas !
- Jika anda ingat sebahagian dan lupa sebahagian, tak mengapa, kita pergi ke proses seterusnya.
REVISE (R) : Ulangkaji
- Sekiranya pada peringkat recall tadi anda mendapati ada perkara yang anda lupa atau kurang jelas.
- Sekarang buka buku atau nota anda dan baca beberapa kali bahagian yang anda lupa dan tutup semula buku dan nota anda.
- Cuba ingat kembali (recall) dan tentukan sama ada anda sudah mengingat semua fakta tersebut.
- Jika anda sudah memahami, mengingat dan dapat menyatakan semula secara lisan atau tulisan atau amali, maka anda dikatakan sudah menguasai tajuk berkenaan.
- TAHNIAH ! kerana anda telah mempelajari tajuk tersebut dengan berkesan.
- Ingat ini hanya ingatan jangka pendek. Anda perlu membuat ulangkaji lebih baanyak untuk memindahkannya kepada ingatan jangka panjang.
- Anda dah faham Teknik SQRRR ? Kalau dah faham apa lagi, amalkanlah.
Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi.
Bersama Paksu dalam channel di bawah;
0 comments:
Post a Comment