Semua orang tahu kenapa kita pergi ke sekolah, ke kolej atau ke universiti. Kita hendak belajar. Kita hendak sijil, diploma atau ijazah. Kenapa ? Dengan sijil, diploma atau ijazah, kita boleh mencari pekerjaan yang sesuai, mendapat gaji dan membina kehidupan sepertimana ayah dan ibu kita lakukan. Semasa di sekolah atau universiti, tumpuan utama kita adalah untuk menguasai bidang ilmu dan kemahiran yang menjadi pilihan kita. Bidang ilmu tertentu ini kita panggil 'hard skills'. Sebenarnya tujuan pendidikan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang pandai dalam sesuatu bidang ilmu kerana kepandaian kita dalam bidang tertentu tidak menjamin yang kita akan berjaya dalam bidang tersebut. Ini kerana selain dari bidang ilmu ( hard skills) yang kita pelajari, kita juga dinilai dari sudut kemahiran insaniah (soft skills). Antara contoh kemahiran insaniah ialah kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja sepasukan, pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika dan profesionalisme.
Kemahiran bidang ilmu (hard skills) dapat kita perolehi melalui kuliah, tutorial, kerja makmal dan lain-lain aktiviti akademik. Manakala kemahiran insaniah (soft skills) sebahagian besarnya kita perolehi melalui aktiviti-aktiviti bukan akademik seperti aktiviti berpesatuan, sukan, kebudayaan, agama, kebajikan dan sebagainya.
Jadi, sebenarnya kita ke sekolah atau ke universiti bukan sekadar untuk belajar ilmu tertentu. Kita ke sekolah atau universiti kerana kita mahu belajar kehidupan sebabnya ialah kerana kita sedang mempersiapkan diri kita untuk sebuah kehidupan. Kehidupan kerjaya, keluarga, masyarakat dan negara.
KENAPA AKTIF PERSATUAN
Katalah anda tidak tahu berenang dan ingin belajar berenang. Pak Su pun beri kuliah atau ceramah tentang cara-cara hendak berenang selama satu hari, kemudian Pak Su buat ujian bertulis tentang cara berenang. Anda ambil ujian dan didapati semua dapat A atau lulus cemerlang. Pak Su nak tanya, walaupu anda tahu segala teori berenang, adakah anda boleh berenang ? Jawabnya tidak. Anda hanya boleh berenang jika anda masuk ke kolam renang, membasahkan diri anda, menyelam dan melakukan segala arahan jurulatih satu persatu dengan bersungguh-sungguh. Maksudnya anda mesti masuk ke kolam renang. Sama halnya dengan persatuan atau kegiatan kokurikulum yang lain. Anda hanya boleh mengembangkan atau menguasai kemahiran insaniah, sebagai contoh kepimpinan jika anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti persatuan. Jika anda hanya membaca buku tentang kepimpinan, sampai bila-bila pun anda tidak boleh menjadi pemimpin yang baik. Bakat atau ciri-ciri kepimpinan yang ada pada diri anda boleh dikembangkan, diasah dan dipupuk apabila kita secara langsung terlibat dengan berbagai aktiviti berpesatuan atau berpasukan.
Begitu juga dengan kemahiran berkomunikasi yang sangat dipentingkan oleh para majikan dewasa ini. Majikan bukan sahaja mahu graduan yang mempunyai CGPA tinggi tetapi mereka mahu graduan yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris, boleh mengendalikan mesyuarat dengan lancar, boleh menyediakan laporan dengan sempurna, boleh membuat persembahan dengan menarik dan boleh berurusan dengan meyakinkan dengan pegawai-pegawai atau profesional warga asing di peringkat global. Bukankah kemahiran komunikasi ini anda pelajari melalui aktiviti berpesatuan ?

Aktiviti berpesatuan juga amat membantu kita meningkatkan keyakinan diri. Sekali lagi keyakinan diri tidak boleh dikuasai dengan hanya membaca buku yang bertajuk, " Membina Keyakinan Diri." Keyakinan diri terbina apabila anda terlibat secara langsung dengan berbagai aktiviti, dipelbagai peringkat dengan pelbagai golongan manusia. Pengalaman yang anda lalui hasil dari interaksi dan pendedahan yang mencabar menjadikan anda bertambah yakin dengan kebolehan dan potensi yang ada pada diri anda. Pernah Pak Su menemuduga pegawai baru dalam jabatan dan anehnya ada terdapat calon yang sudah ada kelulusan ijazah menjadi kelu dan gementar sehingga tidak dapat bercakap. Pak Su cuba membantu dengan memberikan contoh ayat untuk dilengkapkan tetapi masih juga kelu. Jika calon ini aktif dengan berbagai aktiviti semasa di sekolah dan di universiti, Pak Su fikir masalah ini tidak akan timbul.
MENGHIMPUN PENGALAMAN
Apa yang kita buat hari ini akan menentukan kita pada masa hadapan. Sebahagian besar dari personaliti kita dicorakkan oleh persekitaran sosial di mana kita dibesarkan. Jika di sekolah atau di universiti kita jadi ulat buku sahaja, kita mungkin pandai tetapi kurang cerdik kerana kepandaian diperolehi melalui pembelajaran, manakala kecerdikan ditimba melalui pengalaman. Lagi banyak pengalaman yang kita perolehi, lagi bertambah matang pemikiran dan cara kita mengendalikan kehidupan kita. Sang Kancil pandai dan cerdik, sebab itu Sang Harimau dan Sang Buaya dapat ditewaskan. Anda biasa melihat iklan jawatan kosong di akhbar. Kebanyakan syarikat mahukan calon yang berpengalaman, ini bermakna pengalaman menjadi satu kriteria penting dalam pemilihan calon untuk sesuatu jawatan. Katalah kita semua baru tamat belajar dan semua tidak ada pengalaman kerja. Amin tamat ijazah dengan CGPA 3.5 dan Aman tamat dengan 3.2. Amin , walaupun CGPA tinggi tetapi tidak aktif dalam mana-mana persatuan atau kegiatan di universiti. Aman pula pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa, pernah menjadi pengarah beberapa projek atau program pelajar di universiti, pernah mewakili universiti dalam pertandingan debat antara universiti dan pernah terlibat dengan program pertukaran belia Asia-Jepun semasa dalam pengajian. Mereka memohon kerja di sebuah badan berkanun dan anda tahu siapa yang ditawarkan kerja ? Aman, ya betul, benar tekaan anda. Aman diterima kerana Aman datang dengan membawa pengalaman. Ini sebenarnya kisah benar. Mereka semua kawan Pak Su. Aman kini sudah menjadi profesor di sebuah universiti tempatan.
DILEMA BERPESATUAN
Ada juga pelajar bertanya dengan Pak Su, " Macam mana ni Pak Su, saya nak aktif persatuan dan dalam masa yang sama nak CGPA tinggi, boleh ke ?" Pada Pak Su , boleh dengan syarat anda ada disiplin diri yang tinggi, dapat mengurus masa dengan baik, sentiasa meningkatkan teknik belajar dan teknik pengurusan organisasi. Anda boleh memilih mana-mana persatuan, kelab atau kegiatan yang anda benar-benar minati, yang anda yakin penyertaan anda akan dapat membantu anda mengasah bakat, kebolehan, kemahiran dan mengembangkan potensi diri anda. Anda dapat melihat kemajuan diri anda dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi, anda bertambah yakin, kemahiran komunikasi anda bertambah baik dan anda bertambah cekap dalam menguruskan sesuatu perkara. Jikalau ini berlaku, teruskanlah penglibatan anda.
Yang sering menjadi masalah ialah apabila anda terlibat dengan terlalu banyak persatuan atau kegiatan sehingga anda hilang fokus. Anda tidak berusaha meningkatkan kemahiran berorganisasi dan belajar dengan cara yang lama, yang mungkin kurang efektif. Dalam apa perkara sekalipun, kemahiran amat penting. Jika kita tingkakan kemahiran, masa kita melakukan sesuatu perkara dapat dikurangkan. Mesyuarat sebagai contoh, jika kita meningkatkan kemahiran dalam pengendalian mesyuarat, mungkin kita dapat menamatkan mesyuarat dalam masa 1 jam 30 minit berbanding dengan 3 jam sebelum ini. Begitu juga dalam perkara lain.

Selamat Maju Jaya. Salam Motivasi
Bersama Paksu Soder dalam channel di bawah;
0 comments:
Post a Comment